26 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Kelantan catat kes jangkitan baharu kedua tertinggi

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Sebanyak 257 kes baharu COVID-19 dilaporkan di Kelantan hari ini, sekali gus meletakkan negeri itu di tangga kedua tertinggi dari segi kes jangkitan baharu di Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui laman Facebook beliau menjelaskan, peningkatan itu berlaku kerana banduan dari Penjara Dungun, Terengganu yang baru tamat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) telah dipindahkan ke Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan.

Dilaporkan 146 kes positif melibatkan banduan di Kelantan.

Dalam kenyataan media pula beliau menambah, Selangor masih melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,001 kes (40.7 peratus), mengatasi Kelantan.

“Daripada jumlah ini, sebanyak 757 kes (75.6 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan,” katanya.

Johor menduduki tempat ketigadi bawah Kelantan dengan mencatatkan 233 kes (9.5 peratus).

kelantan
Satu kes kematian akibat COVID-19 dilaporkan di Kelantan hari ini.

Status terkini kes COVID-19 di Malaysia setakat hari ini:

Kes sembuh: 4,782 kes (244,753 kes kumulatif, 87.3 peratus)

Kes baharu: 2,461 kes (280,272 kes kumulatif)

Kes import: Tiada

Kes tempatan: 2,461 kes [1,589 warganegara (64.6 peratus); 872 bukan warganegara (35.4 peratus)]

Kes aktif: 34,468 kes

Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 207 kes

Kes memerlukan bantuan pernafasan: 91 kes

Kes kematian: 8 kes (1,051 kes kumulatif, 0.37 peratus)

Kes-kes kematian hari ini melibatkan empat kes di Sarawak dan masing-masing satu kes di Selangor, Sabah, Perak, dan Kelantan.

Kesemua kes kematian melibatkan warganegara.

Sebanyak 298 kes (12.1 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan depot tahanan imigresen yang membabitkan Kluster Tembok Bukit Besi (146 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (50 kes), Kluster Tembok Bendera (39 kes), Kluster Tembok Tapah (33 kes), Kluster Damai Pelangi (13 kes), Kluster DTI Sepang 2 (8 kes), Kluster Tembok Sungai Udang (6 kes), dan Kluster Tembok Mempaga (3 kes).

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia setakat hari ini:

Jumlah kluster: 1,068 kluster

Jumlah kluster baharu:10 kluster

Jumlah kluster yang telah tamat: 558 kluster (termasuk 11 kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Jalan Terolak, Kluster Persiaran Tasek, Kluster Jalan Mawila, Kluster Rawa Akasia, Kluster Pasar Baru, Kluster Sawmill Luit, Kluster Pantai Peringgit, Kluster Kampung Badak, Kluster Jalan Ijuk, Kluster Belati, dan Kluster Setapak Indah

Jumlah kluster aktif: 510 kluster

Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini: 91 kluster

Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Tembok Bukit Besi (146 kes), Kluster Sungai Putus (128 kes), dan Kluster Tanjung Suria (64 kes)

Kelantan

Perincian 10 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

Advertisements

KLUSTER JALAN PERUSAHAAN SATU
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 4 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Perusahaan 1, Kawasan Perusahaan Beranang, Hulu Langat. Sehingga 20 Februari 2021, sejumlah 472 individu telah disaring, di mana 43 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER PERDANA TIGA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Gombak di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 25 Disember 2020 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Kawasan Industri Rawang Perdana, Rawang. Sehingga 20 Februari 2021, sejumlah 87 individu telah disaring, di mana 52 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN LAPANGAN TERBANG
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai, Johor Bahru, dan Pontian di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 13 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Lapangan Terbang, Lapangan Terbang Sultan Ismail, Senai. Sehingga 20 Februari 2021, sejumlah 482 individu telah disaring, di mana 41 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN TANJUNG ENAM
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 20 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Tanjung A/6, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor Bahru. Sehingga 20 Februari 2021, sejumlah 341 individu telah disaring, di mana 17 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN WAWASAN 14
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Batu Pahat di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-265716) dilaporkan positif COVID-19 pada 15 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Wawasan 14, Kawasan Perindustrian Sri Gading II, Batu Pahat. Sehingga 20 Februari 2021, sejumlah 70 individu telah disaring, di mana 17 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER BATU DUA SETENGAH
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Batu Pahat di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-230283) dilaporkan positif COVID-19 pada 4 Februari 2021 hasil saringan sebelum pulang ke negara asal. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Batu 2 1/2, Jalan Kluang, Batu Pahat. Sehingga 20 Februari 2021, sejumlah 154 individu telah disaring, di mana tujuh (7) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN PASAR
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Belud di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-252809) dilaporkan positif COVID-19 pada 11 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kontak keluarga dan sosial pekerja-pekerja sebuah pasar yang terletak di Kota Belud, Sabah. Sehingga 20 Februari 2021, sejumlah 180 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini

KLUSTER JALAN PELABUHAN
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Manjung di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-261378) dilaporkan positif COVID-19 pada 13 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja kilang yang tinggal di Jalan Pelabuhan Utama, Taman Perindustrian IKS, Manjung. Sehingga 20 Februari 2021, sejumlah 52 individu telah disaring, di mana 15 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini

KLUSTER BATU SEBELAS
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kinta dan Kuala Kangsar di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-271720) dilaporkan positif COVID-19 pada 17 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Batu 11, off Jalan Kuala Kangsar, Chemor. Sehingga 20 Februari 2021, sejumlah 22 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER TAPAK BINA KASIA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 8 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Desa Kasia, Bandar Baru Nilai, Seremban. Sehingga 20 Februari 2021, sejumlah 155 individu telah disaring, di mana 51 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Kes positif 2,461 kes COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 20 Februari 2021 adalah seperti berikut:

Selangor: 1,001 kes
409 kes daripada kluster-kluster; termasuk 50 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Perdana Tiga dan Kluster Jalan Perusahaan Satu;
348 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
244 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Kelantan: 257 kes
196 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
58 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Johor: 233 kes
106 kes daripada kluster-kluster, termasuk 56 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Tanjung Enam, Kluster Jalan Wawasan 14, Kluster Batu Dua Setengah, dan Kluster Jalan Lapangan Terbang;
73 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
54 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 230 kes
89 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
76 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
65 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Sarawak: 134 kes
43 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
26 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
65 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Sabah: 109 kes
49 kes daripada kluster-kluster, termasuk dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Pasar;
40 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
20 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Perak: 108 kes
95 kes daripada kluster-kluster, termasuk 13 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Batu Sebelas dan Kluster Jalan Pelabuhan;
Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Enam (6) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Kedah: 101 kes
10 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
Sembilan (9) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
82 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Negeri Sembilan: 89 kes
21 kes daripada kluster-kluster, termasuk 19 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Kasia;
21 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
47 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Pulau Pinang: 87 kes
35 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
15 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
37 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Pahang: 42 kes
34 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Melaka: 32 kes
15 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
13 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Terengganu: 22 kes
14 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Wilayah Persekutuan Putrajaya: 13 kes
Sembilan (9) kes daripada kluster sedia ada;
Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Perlis: Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan