26 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 17, 2024

Dunia khayalan, teknologi dan magis dalam The Sea Raiders

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

Tajuk: The Sea Raiders

Penulis: H. G. Wells

Penerbit: Penguin Books

Tahun penerbitan: 2016

Bil. halaman: 59

Sinopsis:

Antologi mini yang menghimpunkan tiga cerpen iaitu The Sea Raiders, The Land Ironclads dan The Magic Shop.

1. The Sea Raiders

Sejenis haiwan laut dari spesies Hapleoteuthis ferox tiba-tiba muncul dan mengganas di perairan Britain.

Seperti yang digambarkan oleh Wells, rupanya seperti sotong gergasi, seolah-olah sotong kurita.

Spesies haiwan pemakan manusia itu hanyalah rekaan semata-mata kerana carian Google tidak menemukan apa-apa.

Tidak diketahui dari mana Wells beroleh maklumat tentang haiwan laut gergasi yang ganas itu.

Mungkin dari khayalannya sendiri atau kisah legenda yang diceritakan oleh para pelaut.

Setelah diburu, haiwan ini bersembunyi di dasar laut yang paling dalam dan tidak muncul lagi.

2. The Land Ironclads

Pengalaman seorang wartawan perang yang kali pertama berdepan dengan kereta kebal dalam hidupnya.

Walaupun bilangan tentera dari negara asal wartawan itu lebih ramai, mereka tewas dengan ’13 raksasa besi yang tak lut peluru’.

Wells tidak menyatakan dengan jelas dalam cerpen ini bahawa objek yang mengganas di medan perang itu adalah kereta kebal.

Semuanya menyerah kalah dan wartawan perang itu turut menjadi tawanan musuh.

Lokasi dan masa medan pertempuran tidak dinyatakan, namun dipercayai berlatarkan Perang Dunia Pertama.

3. The Magic Shop

Seorang bapa dan anak lelakinya yang masih kecil, Gip, memasuki sebuah kedai menjual barangan yang digunakan dalam pertunjukan silap mata.

Yang peliknya, kedai ini benar-benar ajaib malah, penjaga kedai boleh meneka apa yang diinginkan oleh Gip dengan tepat.

Contohnya askar mainan yang boleh bergerak sendiri dan tiga lagi kotak yang tidak dinyatakan apa isinya.

Semuanya diberikan secara percuma walaupun bapa Gip berkeras ingin membayarnya.

Bertambah aneh apabila bapa Gip tiba-tiba mendapati dirinya di luar dan kedai ajaib tersebut tiada lagi di situ.

Dia cuba mencari kedai itu sekali lagi untuk membayar harga mainan yang diberikan kepada Gip tetapi usahanya tidak berhasil.

Sumber: Blog Bicara Buku

Terkini

26 warga asing ‘kosong’ ditahan di sekitar Johor Bahru

SEBANYAK 26 warga asing ditahan dalam operasi di sekitar Johor Bahru kerana dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah dan...

Lagi Artikel Berkaitan