27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Bercerita tentang kisah cili, garam dan kari

Mesti Baca

Editor
Editor
Editor Edisi 9
Cili

Cili kalau tak ada dalam masakan memang tak sah.

Pak Tua memang suka makanan yang pedas, lagi pedas lagi umphh!

Kena pula masak lomak cili padi.

Fuh, memang kena betul dengan selera tekak Pak Tua sejak dulu, kini dan selama-lamanya.

Cuma kadang-kadang bila makan sambal, perut meragam sebab tertelan biji-biji yang tak hancur.

Sudah tua ni biasalah, enjin perut tak berapa kuat lagi.

Kadang-kadang kena gastrik, azabnya memang tak dapat Pak Tua nak cakap.

Selain potong menyerong untuk memudahkan biji-biji cili tertanggal, Pak Tua ada lagi satu petua.

Pak Tua masukkan dahulu dua sudu minyak kelapa ke dalam mesin pengisar.

Hasilnya, biji-biji cili yang dikisar menjadi hancur semuanya.

Garam

Bila nak tahu masakan cukup masin atau tidak, yang biasa kita amalkan, rasa dengan lidah.

Kaedah itu memang paling berkesan kecuali semasa kita berpuasa.

Kalau tertelan kuah, silap-silap boleh batal puasa nanti.

Jadi, apa yang kita perlu buat?

Jangan risau, Pak Tua ada jalan penyelesaiannya.

Advertisements

Bagi yang rajin berpuasa sunat, boleh amalkan petua dari Pak Tua ni.

Cedok sedikit kuah dengan sudu dan titiskan atas jari.

Kalau kuah tidak meleleh, maknanya masakan kita memang cukup masin.

Tetapi kalau jari rasa perit sedikit, maknanya sudah terlebih garam.

Kari

Zaman moden ni memang lagi mudah kalau beli saja rempah kari di kedai.

Cuma, jauh beza rasanya bila dibandingkan kari yang kita makan di restoran mamak.

Memang terangkat kalau makan kari di sana.

Lagi-lagi bila pekena kari kambing.

Boleh juling mata dibuatnya sampai orang rumah lalu di belakang pun kita tak perasan.

Jika mahu masakan kari lebih sedap, masukkan sedikit ketumbar dan sebiji bawang putih ketika kari menggelegak.

Mudah-mudahan kari yang kita masak setanding dengan kari mamak.

Kalau tak sama kaw-kaw dengan kari mamak pun, dapat rasa lagi sedap dari biasa pun dah molek sangat.

Kira okeylah dari tak ada langsung kan.

Selamat mencuba!

– Pak Tua

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan