24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Suburkan demokrasi, pertahankan kebebasan akhbar – Tok Mat

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

CYBERJAYA – Kebebasan akhbar dan bersuara mesti dipertahankan jika mahu demokrasi hidup subur di negara ini, kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Menurut beliau, ini kerana persuratkhabaran bukan sekadar menyebarkan berita dan maklumat namun turut menyediakan ruang sumbangsaran, kritikan dan semak imbang kepada masyarakat.

“Ia instrumen penting membantu menyuarakan nurani masyarakat, terutama mereka yang tertindas dan tertinggal atau mereka yang sekadar ingin memberikan pandangan alternatif atau idea baru.

“Justeru, kebebasan akhbar dan bersuara ‘serves a high public purpose’,” kata beliau dalam Facebooknya hari ini.

Semalam, Malaysiakini diarah membayar sebanyak RM500,000 oleh Mahkamah Persekutuan kerana menghina mahkamah menerusi ruangan komen pembacanya, tahun lalu.

Hakim Tan Sri Rohana Yusuf memutuskan demikian antaranya mengambil kira komen-komen menghina mahkamah yang diterbitkan di portal terbabit telah tersebar di negara ini dan juga boleh diakses di kuar negara.

Advertisements

Bagaimanapun, portal berita itu hanya mengambil masa empat jam untuk mengumpul jumlah tersebut melalui kutipan derma orang ramai yang dianjurkan.

Malaysiakini perlu melunaskan bayaran itu selewat-lewatnya Isnin ini.

Mohamad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau berkata,
Malaysia perlu menuju ke arah masyarakat madani yang bebas bersuara secara matang, progresif dan jujur.

Katanya, hanya dengan akhbar yang bebas dan bertanggungjawab, ketelusan dalam ekonomi dan pasaran akan berlaku.

“Kerajaan akan menjadi lebih ‘accountable’, segala salah guna kuasa dan kejelikan moral akan terbongkar dan inspirasi tercetus melalui cerita kemanusiaan yang mengkagumkan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan