25.4 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

5,718 pesakit sembuh, rekod tertinggi dicatat KKM

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Sebanyak 5,718 pesakit COVID-19 sembuh hari ini, menjadikan jumlah itu yang tertinggi pernah dicatatkan sejak pandemik tersebut melanda Malaysia.

Secara keseluruhan, sebanyak 224,053 pesakit atau 83.2 peratus telah sembuh.

Pada masa yang sama, jumlah pesakit baharu hari ini adalah 2,720 kes dan secara kumulatif adalah 269,165 kes.

Angka itu menunjukkan peningkatan berbanding 2,464 kes jangkitan baharu COVID-19 semalam.

pesakit

Tiada kes import dilaporkan manakala penularan tempatan melibatkan 2,720 kes yang terdiri daripada 1,391 rakyat tempatan (51.1 peratus) dan 1,329 warga asing (48.9 peratus).

Jumlah kes aktif pula adalah sebanyak 44,129 kes di mana 253 kes berada di unit rawatan rapi (ICU) dan 118 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Seramai lapan pesakit COVID-19 meninggal dunia hari, menjadikan 983 kes kumulatif atau 0.37 peratus.

Kes-kes kematian hari ini melibatkan tiga kes di Kuala Lumpur, dua kes di Selangor, serta masing-masing satu kes di Sabah, Sarawak, dan Negeri Sembilan.

Sebanyak tujuh kes kematian melibatkan rakyat tempatan dan satu kes warga asing.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,300 kes (47.8 peratus).

“Daripada jumlah ini, sebanyak 1,067 kes (82.1 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

“Ini diikuti oleh Johor sebanyak 451 kes (16.6 peratus) dan Kuala Lumpur sebanyak 318 kes (11.7 peratus),” katanya dalam sidang media di Kementerian Kesihatan, Putrajaya hari ini.

Beliau menambah, sebanyak 57 kes (2.1 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara, lokap, dan depoh tahanan imigresen yang membabitkan Kluster Tembok Bendera (35 kes), Kluster Tembok Bukit Besi (14 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (4 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (3 kes), dan Kluster Tembok Taiping (1 kes).

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 16 Februari 2021:

Jumlah kluster : 1,015 kluster

Jumlah kluster baharu :19 kluster

Jumlah kluster yang telah tamat : 516 kluster (termasuk sembilan (9) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Jalan Thamby, Kluster Tapak Bina Hevea, Kluster Jalan Padu, Kluster Pasar Jalan Sentosa, Kluster Wawasan Gading, Kluster Jalan Datuk, Kluster Tampoi Jaya, Kluster Rantau Cempaka, dan Kluster Keranji Tabuan

Jumlah kluster aktif : 499 kluster

Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 79 kluster

pesakit

Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Tapak Bina Damar (201 kes), Kluster Tapak Bina Jalan Segambut (173 kes), dan Kluster Industri Cyber (161 kes).

Terdapat 19 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan 14 kluster berkaitan tempat kerja, empat kluster komuniti, dan satu kluster melibatkan kumpulan berisiko tinggi.

Kluster-kluster tersebut adalah Package Pengerang, Johor (tempat kerja); Wawasan Kulai, Johor (tempat kerja); Industri Cyber, Johor (tempat kerja); Jalan Pelepas Empat, Johor (tempat kerja); Rawang Bestari, Selangor (tempat kerja); Jalan Industri Dua Belas, Selangor (tempat kerja); Jalan Industri Tiga, Selangor (tempat kerja); Jalan Lazuardi, Selangor (tempat kerja); Simpang Tiga, Sabah (tempat kerja) dan Jalan Apas Empat, Sabah (tempat kerja).

Sembilan lagi kluster adalah Tapak Bina Jalan Segambut, Kuala Lumpur (tempat kerja); Jengka Tujuh, Pahang (tempat kerja); Jalan Day, Kedah (tempat kerja); 4 Jalan Kayu Manis, Perak (tempat kerja); Gelong, Sarawak (komuniti); Kidurong Dua, Sarawak (komuniti); Kampung Sungai Maong, Sarawak (komuniti); Univista, Sarawak (komuniti) dan Jalan Geronggang, Sarawak (kumpulan berisiko tinggi). – EDISI 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan