26.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 9, 2024

Tunku Ismail mudah bergaul dengan rakyat jelata

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

KEHIDUPAN seharian Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak pernah lekang dari menjadi tumpuan rakyat.

Selain daripada menguruskan tugas-tugas selaku pewaris takhta, baginda turut memiliki Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) yang tidak asing bagi peminat-peminat bola sepak tanah air dan juga rantau Asia.

Namun, sikap sebenar Tunku Ismail apabila menyantuni rakyat seringkali menimbulkan rasa kagum ramai apatah lagi melihat seorang putera raja yang amat mudah bergaul dengan rakyat jelata.

Tunku Ismail
Tunku Ismail ketika mencemar duli menyantuni rakyat. Gambar: Harimau Selatan

Baginda malah turut turun padang melihat sendiri kesusahan rakyat khususnya ketika bencana banjir melanda, kebakaran serta pelbagai lagi.

Tunku Ismail juga sebelum ini seringkali kerap dilihat bersama-sama rakyat menunaikan solat Jumaat di masjid-masjid serata daerah negeri Johor.

Advertisements

Kehadiran baginda ke pelbagai majlis juga sering dituruti dengan sumbangan kurnia peribadi bagi membantu golongan yang memerlukan.

Pandemik COVID-19 sedikit sebanyak membataskan pergerakan namun sumbangan kurnia dari baginda kepada rakyat tidak pernah putus-putus sehingga kini.

Setiap pelusuk daerah pastinya ada wakil daripada baginda bagi menyampaikan sumbangan kurnia buat yang memerlukan.

Allah Peliharakan Sultan.

Sumber: Laman Facebook HRH Crown Prince of Johor

Advertisements

Terkini

Selangor sah tarik diri Piala Sumbangsih bertemu JDT

SELANGOR FC (SFC) membuat keputusan untuk menarik diri daripada perlawanan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’azim di Stadium Sultan...

Lagi Artikel Berkaitan