25.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

Didik anak isu penderaan seksual – Tunku Mahkota Johor

Mesti Baca

CYBERJAYA – Isu seorang lelaki dewasa yang dipercayai pengasas produk mencium mulut kanak-kanak turut mendapat perhatian Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Baginda mengingatkan semua ibu bapa agar mendidik anak-anak mereka tentang penderaan seksual kanak-kanak.

Titah Tunku Ismail, ibu bapa perlu mendidik anak-anak perempuan dan khususnya anak-anak lelaki masing-masing kerana mereka sering terlepas pandang tentang isu tersebut.

“Didik mereka tentang apa yang betul dan apa yang salah!

“Jangan biarkan orang luar atau saudara-mara mengambil kesempatan terhadap mereka,” titah baginda melalui Instagram Story laman HRH Crown Prince of Johor.

Tunku Mahkota Johor
Tangkap layar dari Instagram Story HRH Crown Prince of Johor.

Sejak semalam, tular gambar pengasas produk terbabit bercium mulut dengan beberapa orang kanak-kanak dalam media sosial.

Isu tersebut mencetuskan reaksi kurang senang dalam kalangan orang ramai dan mereka menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap individu berkenaan dengan menggunakan peruntukan undang-undang sedia ada.

Sementara itu, pelindung kanak-kanak, Syed Azmi Alhabshi berkata, pengantunan atau sexual grooming berdasarkan apa yang dilihat dalam gambar-gambar yang tular adalah agak jelas.

Menurut beliau, perbuatan itu tidak mencerminkan norma budaya timur yang biasa, jurang umur yang jauh bezanya dan juga hubungan antara kanak-kanak dan dewasa itu.

Advertisements

“Dalam takrifan klasik sexual grooming bagi saya adalah perlakuan yang berulang kali sehingga kanak-kanak tidak dapat membezakan sesuatu perbuatan itu sehingga dirasakan normal.

“Jika diteruskan boleh menjurus ke perlakuan yang lebih ekstrem,” katanya dalam hantaran Facebook miliknya.

tunku
SYED AZMI ALHABSHI

Syed Azmi berpandangan, perlakuan sebegitu tidak wajar dipratontonkan kerana boleh menjadi ikutan dan normalisasi budaya yang tidak molek dan bagi kanak-kanak serta boleh menjadikan mereka keliru.

“Ini ditambah lagi dengan dewasa terlibat merupakan seorang influencer dan walaupun ini merupakan tabiat biasa (seperti yang disebut), saya khuatir dengan populariti dan jumlah pengikut yang ramai, takut takutlah jadi ikutan.

“Untuk kanak-kanak itu pula, dengan gambar videonya di pratonton, boleh tak bayangkan hidupnya bila makin dewasa dan video ini tersebar dalam dunia web selama-lamanya. Mohon fikirkan baik-baik,” jelasnya.

Beliau yakin kasih sayang ada dalam keluarga dan hubungan ini wujud, tetapi ada batasnya dan ada caranya serta kaedah untuk menunjukkan kasih sayang serta hormat-menghormati antara satu sama lain.

“Tegurlah kalau boleh. Gunakanlah method diversion dan juga kaunseling untuk yang terlibat kenapa mudaratnya lebih dari yang baik sebab kalau “menghukum” tanpa mereka faham apa yang berlaku (terutama kanak kanak itu) mungkin pemulihan tidak akan tercapai,” ujarnya.

Syed Azmi juga menyarankan semua pihak agar mengambil kira kefahaman kanak-kanak terpada apa yang berlaku dan selamatkan mereka mengikut cara tertentu.

“Sexual grooming dalam tempoh yang kita tak tahu berapa lama, kesannya perlu di selidiki. Kalau salah cara atau tahap kekerasan yang tak betul, susah untuk kita pulih dan selamatkan,” katanya. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Peranan, tanggungjawab Maritim Malaysia diiktiraf dunia

PERANAN serta tanggungjawab Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah diterima dengan baik dan diiktiraf dunia. Ini dibuktikan apabila Maritim...

Lagi Artikel Berkaitan