24.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Kenapa perlu biadab beri komen ketika pemimpin sakit?

Mesti Baca

Muhammad Muzamil
Muhammad Muzamil
Wartawan Edisi 9

BIADAB! Itu sahaja perkataan paling sesuai untuk menggambarkan sikap sesetengah netizen yang memuatkan komen tidak sepatutnya terhadap berita Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN).

Sejak awal lagi perbuatan tidak bertamadun itu sudah dijangkakan apabila berita tersebut disiarkan di dalam portal-portal berita.

Kemudian ia didedahkan Setiausaha Agung parti Gerakan, Mak Kah Keong yang marah dan sedih apabila ada sikap segelintir masyarakat yang melemparkan komen jijik terhadap Abdul Hadi.

“Saya marah dalam kesedihan! Tuan Guru (Abdul Hadi) telah dirawat di IJN turut dilaporkan dalam media Cina. Setelah membaca komen-komen netizen yang mengguna bahasa Mandarin, saya berasa sangat marah dan sedih.

“Saya tak jangka, ada juga netizen memberi komen yang sangat menjijikkan. Ini bukan budaya Tiong Hua dan budaya Malaysia! (kesopanan dan kesusilaan). Saya tak tahu nak cakap apa lagi , korang pergi tengok sendiri,” katanya.

Sesiapa yang membaca tiga contoh komen netizen yang dimuatkan oleh Kah Keong pasti ‘panas hati’. Kebiadaban kelompok itu sudah melampaui batas, apatah lagi melibatkan soal pemimpin yang sakit.

Advertisements

Kita boleh berbeza dalam soal politik atau tidak bersetuju antara satu sama lain, tetapi adab harus dijaga. Penulis yakin tidak semua bersikap begitu. Yang melakukan perbuatan itu sudah tentu kelompok yang ‘otak’ mereka ada masalah..

Mereka sudah tidak nampak apa-apa lagi kerana diselimuti oleh kebencian. Tapi soalnya apa perasaan mereka, kalau komen-komen jahat seperti itu berlaku jika ada ahli keluarga mereka sakit?

Nampaknya politik kebencian semakin meresapi masyarakat negara kita. Jika sebelum ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin diburuk-burukkan ketika mengadakan lawatan ke Indonesia, kini Abdul Hadi pula menjadi sasaran.

Jangan lupa semalam Tun Dr. Mahathir Mohamad turut dikecam dengan bahasa tidak sepatutnya ketika membuat kenyataan khas secara langsung melalui Facebook.

Kita tidak peduli sama ada yang melakukan ‘serangan-serangan’ itu tentera siber atau tidak, tetapi janganlah melampau! Tak kanlah kerana upah tidak seberapa sanggup menggadaikan maruah menjadi manusia tiada adab!

Beri komen atau mengkritik tidak salah, semua berhak berbuat demikian kerana ini negara demokrasi, tidak ada sesiapapun yang akan ditangkap walaupun ada pemimpin mendakwa suara rakyat disekat ketika darurat. Apa yang penting bersikap sopanlah.

Orang yang selalu memberi komen seumpama itu sebenarnya ada ‘masalah mental’, kalau tidak, mana mungkin mereka begitu biadab. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan