31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

2,364 kes baru Covid-19, 432 ditahan langgar SOP

Mesti Baca

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini memaklumkan sebanyak 2,364 kes Covid-19 baru dikesan dalam tempoh 24 jam sehingga tengah hari tadi, dengan 10 lagi kematian dilaporkan.

Selangor kekal sebagai penyumbang kes terbesar dengan 862 kes, diikuti Johor (314), Perak (305), dan seterusnya Sarawak (255).

Unit Rawatan Rapi (ICU) kini menempatkan 1,121 pesakit dengan 99 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan. Hanya satu kes baru yang dilaporkan merupakan kes import, selebihnya jangkitan dalam negara.Seramai 3,320 pesakit sembuh dan dibenarkan pulang.

Kes baru berdasarkan negeri ialah Selangor (862), Johor (314), Perak (305), Sarawak (255), Sabah (157), Penang (155), Kuala Lumpur (117), Negeri Sembilan (74),Kelantan (68),Kedah(17), Melaka (17),Terengganu (11),Pahang (8),Putrajaya (4),Labuan (0),Perlis (0).

Sementara itu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, seramai 432 individu ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Jumaat.

Katanya, daripada jumlah tersebut, 414 individu dikompaun manakala 18 lagi direman.

Menerusi satu kenyataan pada Sabtu, Ismail Sabri berkata, antara kesalahan yang direkodkan ialah gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (108), gagal mengamalkan penjarakan fizikal (106), tidak memakai pelitup muka (96), rentas negeri/daerah tanpa kebenaran (51), keluar rumah tanpa alasan munasabah (42), aktiviti perjudian (18), premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (10) dan lain-lain (satu).

Berhubung Operasi Benteng (Op Benteng) pula, Ismail berkata pihak berkuasa menangkap seramai 27 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan merampas dua buat bot/kapal serta sebuat kenderaan darat.\

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, semalam seramai 1,318 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa negara dan semuanya dikuarantin di stesen kuarantin di seluruh negara.

Ia sekali gus menjadikan jumlah kumulatif individu yang telah pulang ke tanah air menerusi pintu masuk sempadan antarabangsa sejak 24 April lalu adalah seramai 131,455 individu.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan bahawa Anggota Penguatkuasa Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) melakukan 16 pemeriksaan tapak binaan di seluruh negara pada Jumaat.

Daripada jumlah itu, katanya, kesemua 16 tapak binaan mematuhi SOP.
Secara keseluruhannya, CIDB telah melakukan 15,800 pemeriksaan melibatkan 8,942 tapak binaan sejak 20 April lalu. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan