26.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

KWSP umum dividen 5.2% di sebalik pandemik Covid-19

Mesti Baca

CYBERJAYA – Dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi tahun lalu mengalami sedikit penyusutan berbanding tahun sebelumnya, di sebalik pandemik Covid-19 yang melanda dunia.

KWSP dalam satu kenyataan berkata, dividen bagi tahun kewangan 2020 adalah 5.2 peratus bagi simpanan konvensional manakala untuk simpanan syariah pula 4.9 peratus.

Ia melibatkan agihan RM42.88 bilion bagi simpanan konvensional dan RM4.76 bilion bagi simpanan shariah serta jumlah agihan dividen bagi tahun 2020 adalah sebanyak RM47.64 bilion, katanya dalam kenyataan.

Jumlah itu sedikit merosot berbanding tahun 2019 yang mencatatkan 5.4 peratus dan 5 peratus, masing-masing melibatkan agihan sebanyak RM41.68 bilion dan RM4.14 bilion ketika itu.

Advertisements

“KWSP telah berjaya mencatatkan prestasi yang memberangsangkan untuk tahun 2020 walaupun mengharungi situasi yang tidak terjangka iaitu pandemik Covid-19, dan dalam persekitaran unik yang menyaksikan dunia berhadapan dengan krisis berkembar iaitu krisis kesihatan dan ekonomi,” kata kenyataan itu hari ini.

Aset pelaburan keseluruhan KWSP meningkat 7.9 peratus kepada RM998 bilion, dengan nilai pasaran mencecah RM1.02 trilion pada hujung tahun lalu.

Manakala jumlah ahli KWSP turut meningkat sebanyak 2 peratus kepada 14.89 juta, sementara majikan yang berdaftar dengan KWSP adalah
sebanyak 534,398.

“KWSP kini memerlukan RM8.25 bilion untuk membayar setiap 1 peratus dividen untuk Simpanan Konvensional dan RM972 juta untuk membayar setiap 1 peratus dividen untuk Simpanan Shariah bagi tahun 2020,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tiga wanita antara terkorban nahas helikopter TLDM di Lumut

TIGA wanita yang menjadi penumpang helikopter HOM antara 10 yang terkorban dalam nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan