24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Tular video bergaduh: 6 pengawal keselamatan Bangladesh ditahan

Mesti Baca

ALOR SETAR – Hanya kerana tidak meletakkan motosikal di tempat yang disediakan dipercayai menjadi punca kepada insiden ‘pergaduhan’ melibatkan beberapa pengawal keselamatan dan seorang lelaki yang video itu tular di media sosial hari ini.

Berikutan kejadian di sebuah kompleks membeli-belah di Lebuhraya Darulaman itu, polis menahan enam pengawal keselamatan warga Bangladesh berusia antara 26 hingga 41 tahun.

Ini selepas mangsa, seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun membuat laporan polis mendakwa dipukul pengawal keselamatan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 3 petang ketika mangsa meletak motosikalnya di hadapan kompleks membeli-belah itu.

Bagaimanapun, seorang pengawal keselamatan memarahi lelaki itu kerana tidak meletakkan motosikal di tempat disediakan.

“Lelaki itu memberitahu dia hanya parkir di situ kerana menunggu ibunya mengambil barang di tingkat atas kompleks berkenaan.

“Namun secara tiba-tiba pengawal keselamatan itu memaki mangsa dengan berkata dia bodoh yang menyebabkan mangsa menolak pengawal keselamatan terbabit,” katanya yang dipetik Harian Metro, hari ini.

Ahmad Shukri memberitahu, pengawal keselamatan terbabit kemudian memanggil beberapa rakan sekerjanya.

Advertisements

Beliau berkata, mereka kemudian menarik mangsa memasuki satu bilik dan memukul pengadu menggunakan tangan dan kayu penyapu.

“Berikutan itu pengadu mengalami sakit pada anggota badan dan datang balai buat laporan.

“Bagaimanapun pengurus pengawal keselamatan terbabit turut membuat laporan polis memaklumkan pekerjanya diserang,” katanya.

Ahmad Shukri berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Ahmad Shukri menasihatkan orang ramai supaya tidak memuat naik video itu kerana ia boleh menimbulkan provokasi.

“Saya sudah melihat satu status di FB yang tulisannya amat sensitif kerana kita masih menjalankan siasatan untuk mengetahui punca kejadian itu berlaku.

“Bagaimanapun, kita memberi amaran kepada pengguna media sosial dan jika ada kesalahan kita boleh mengambil tindakan termasuk melakukan tangkapan,” katanya

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan