24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Nenek saudara dera budak 5 tahun hingga usus pecah

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Kejam. Seorang wanita tergamak menyepak dan menendang cucu saudaranya sehingga ususnya pecah sekali gus mengakibatkan kematiannya pada 30 Disember lalu.

Kes penderaan kanak-kanak perempuan itu terbongkar selepas keputusan bedah siasat mendapati mangsa maut akibat didera.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, mangsa berusia lima tahun dipercayai diperlakukan sedemikian oleh suspek yang juga warga Indonesia berusia 55 tahun sejak tinggal bersama pada 2017.

Katanya, mangsa ditemui tidak sedarkan diri oleh ibu saudaranya di rumah mereka di Kampung Sungai Chinchin pukul 7 malam penghujung tahun lalu sebelum menghubungi ambulans.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia sebelum mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Katanya, bedah siasat yang dijalankan hari berikutnya mendapati mangsa maut akibat kecederaan pada ususnya yang pecah dipercayai kerana didera.

“Keluarga mangsa pada mulanya mendakwa mangsa mengalami sakit perut dan muntah sebelum ditemui tidak sedarkan diri di ruang tamu selain enggan membuat bedah siasat.

Advertisements

“Berikutan keputusan bedah siasat itu, polis menahan enam individu masing-masing tiga lelaki dan tiga wanita berusia 25 hingga 55 tahun termasuk suspek utama yang juga nenek saudara mangsa untuk siasatan lanjut.

“Pemeriksaan lanjut juga menemui kesan parut lama tubuh mangsa dicucuh dengan ubat nyamuk yang dibakar,” katanya yang dipetik Harian Metro hari ini.

Arifai berkata, sebelum ini polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut sebelum membuka siasatan sebagai kes bunuh kerana terdapat unsur jenayah pada mangsa.

Beliau berkata, hasil siasatan lanjut tidak menolak kemungkinan suspek mendera mangsa yang tidak mampu berjalan dan berdiri kerana sering buang air besar tanpa sedar.

“Mangsa juga mempunyai rekod penyakit lebihan cecair dalam otak selain pernah menjalani pembedahan namun mampu bertutur dengan baik.

“Bapa mangsa yang tinggal bersama dipercayai tidak menyedari kejadian menimpa anaknya kerana bekerja sebagai pemandu lori dan sering tiada di rumah,” katanya.

Katanya, semua suspek ditahan 1 Januari lalu kini direman selama enam hari sehingga 7 Januari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan