30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Nasrudin, mohon maaf atau berdepan tindakan sivil – Ibu Yati

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Nasrudin Hassan diberi tempoh seminggu untuk memohon maaf secara terbuka di semua media kerana memfitnah seorang wanita dikenali sebagai Ibu Yati.

Ibu Yati atau nama sebenarnya Wan Norhayati Wan Alias berkata, Nasrudin telah membuat tohmahan dan fitnah konon dia membawa ajaran sesat, menuduh membawa agama baru, membawa agama Melayu dan juga ajaran sesat Ibu Yati melalui kenyataan medianya.

Tokoh Wartawan Rakyat itu berkata, kenyataan rasmi Nasrudin itu telah disiarkan hampir semua media arus perdana dan media sosial, semalam.

“Berdasarkan maklumat FB beliau yang juga merupakan seorang tokoh politik Pas, beliau telah menghasut, memfitnah, menghina dan menimbulkan kebencian awam serta menjatuhkan reputasi saya dan memberi imej negatif terhadap saya sebagai Tokoh Wartawan Rakyat yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong,” katanya menerusi akaun Facebooknya, malam tadi.

Wan Norhayati berkata, antara fitnah Nasrudin termasuklah menuduhnya melahirkan agama baharu iaitu agama Melayu, melakukan syahadah pelik ‘Ila Ha Ila Ra Ila Ma’ dan disambung dengan pengakuan Aku Melayu sebanyak tujuh kali.

NASRUDIN HASSAN

Selain itu, Nasrudin juga menuduh Ibu Yati menolak ajaran Islam yang dianggap sebagai Islam Arab dan konon dia bersama lain-lain membawa Islam Melayu.

“Dia menggambarkan niat jahatnya terhadap saya dengan merancangkan tindakan penguatkuasaan terhadap saya. Sedangkan saya tidak dimaklumkan kesalahan atau ditangkap atau didakwa atas apa-apa kesalahan berkaitan agama Islam.

“Beliau juga jelas menghasut seluruh rakyat Malaysia membenci saya dengan memfitnah saya membawa ajaran Islam Melayu yang dikatakan ajaran yang sesat lagi menyesatkan.

“Beliau mengaku pernah kenal saya tetapi saya tidak pernah kenal dia,” katanya yang pernah menjadi wartawan Utusan Malaysia, Berita Harian dan Malaysia Gazzette.

Wan Norhayati berkata, beliau mendapati kandungan dalam YouTube IBU NEWS CHANNEL telah dimuat turun, diubah suai dan disiarkan kembali di luar konteks termasuk melibatkan rakaman video lain yang berusia lima tahun lalu.

“Saya mohon siasatan dan tindakan pihak polis ke atas pemilik Facebook berkenaan kerana telah menjatuhkan reputasi, maruah saya dan imej saya sebagai Tokoh Wartawan Rakyat. Laporan polis telah pun saya buat pada 29 Januari 2021 di Balai Polis Ampang.

“Saya juga sedang mempertimbang untuk mengambil tindakan undang-undang saman sivil terhadap YADIM,” katanya.

Tambahnya, YADIM juga diminta memberi penjelasan dari mana mereka memiliki kuasa mengisytiharkan mana-mana individu sebagai sesat sekaligus mendahului Majlis Fatwa Kebangsaan di bawah kuasa Yang Di Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam Malaysia.

Sehubungan itu, organisasi itu diminta memohon maaf melalui kenyataan yang disiarkan dalam media utama yang boleh dibaca oleh rakyat Malaysia di negara ini atas kesalahan mereka menuduhnya membawa ajaran sesat tersebut tanpa sebarang siasatan rasmi.

“YADIM juga telah melanggar dan mendahului Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana setiap tindakan berkaitan kesalahan dibawah Enakmen Undang-undang Syariah Selangor mestilah mendapat kelulusan JAIS terlebih dahulu.

“Untuk makluman sehingga kini tiada mana-mana pihak berkuasa agama Islam secara rasmi atau tidak, menghubungi saya untuk bertanya, memberi keterangan, membantu apa-apa siasatan dan/atau mengesahkan apa-apa perkara berkaitan tohmahan Nasruddin tersebut,” katanya.

Pada masa yang sama, bekas pemenang Anugerah Kajai itu memohon perkenan Seri Paduka Baginda dan Sultan Selangor untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pertubuhan atau organisasi seperti YADIM kerana memandai-mandai, mempersendakan sistem pengisytiharan fatwa kebangsaan, serta menghina Ketua Agama Islam.

“Saya amat kecewa kerana sebagai YADIM seharusnya mengambil pendekatan dakwah dan berhemah sebagaimana namanya malah mengikut al-Quran, Tuhan melarang kita menerima satu berita tanpa menyiasat dan mengesahkan berita itu terlebih dahulu daripada orang yang dituduh,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan