25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Waspada ajaran sesat ‘Agama Melayu’ – YADIM

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Orang ramai dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan ajaran sesat Agama Melayu yang dibawa oleh seorang individu yang dikenali sebagai Ibu Yati.

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM), Nasrudin Hassan menegaskan, ianya adalah ajaran sesat lagi menyesatkan.

Menurutnya, makin mencabar tugas dakwah umat Islam pada zaman mutakhir ini. 

“Sehari dua ini kecoh pula dengan lahirnya agama baru yang dikenali sebagai Agama Melayu. Menggunakan lafaz syahadah yang pelik (seperti yang saya dengar lafaznya iLa Ha iLa Ra iLa Ma) dan disambung dengan pengakuan ‘Aku Melayu’ sebanyak tujuh kali.

NASRUDIN HASSAN

“Menolak ajaran Islam yang dianggap sebagai Islam arab. Kononnya mereka membawa Islam Melayu,” tulis beliau dalam hantaran Facebook hari ini.

Nasruddin berkata, dari sudut penguatkuasaan, pihak berkuasa agama sedang menyiasat dan merencana tindakan berhikmah.

Advertisements

“Bagi agensi dakwah seperti YADIM pula senantiasa siap untuk memberi kefahaman dan pemurnian aqidah serta fikrah,” jelas beliau.

Tambahnya,  beliau sendiri pernah mengenali  Ibu Yati sepintas lalu lewat 20 tahun yang lalu semasa beliau masih belajar.

Rakaman video tentang kegiatan pengikut ajaran tersebut tular dalam media sosial termasuk Facebook sejak beberapa hari lalu.

Netizen mempersoalkan beberapa dakwaan tidak masuk akal yang dibuat oleh seorang wanita dipercayai pengasas kumpulan tersebut berhubung akidah Islam.

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan