24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Syarikat China dapat projek RTS Singapura-JB bernilai RM547j

Mesti Baca

SINGAPURA – Cabang syarikat China Communications Construction Company Limited (CCCCL) di Singapura dianugerahkan kontrak bernilai S$180 juta (RM547 juta)  untuk membina jejambat setinggi 25 meter dan terowong bagi Laluan Sistem Gerak Cepat (RTS) Johor Bahru-Singapura.

Memetik laporan Berita.mediacorp.sg, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) Singapura berkata, ia adalah kontrak sivil yang kedua dianugerahkan bagi projek itu.

Kontrak pertama yang bernilai S$932.8 juta (RM2.8 bilion), dianugerahkan kepada Penta-Ocean Construction pada November lalu. 

Ia merangkumi pembinaan stesen Woodlands North bagi Laluan RTS, terowong dan bangunan Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Singapura.

Pembinaan jejambat dan terowong Laluan RTS dijangka bermula pada suku kedua tahun ini.

Advertisements

“Apabila ia siap kelak, jejambat itu akan dibina pada ketinggian 25 meter di Selat Johor dalam kawasan perairan Singapura dan ia akan dihubungkan kepada laluan darat di mana ia akan bercabang kepada terowong-terowong bawah tanah menghala ke stesen Woodlands North Laluan RTS.

“China Communications Construction Company Limited (Cawangan Singapura) mempunyai pengalaman selama 15 tahun dalam pembinaan infrastruktur, dengan pengkhususan dalam projek-projek berskala besar dalam pembinaan rel kereta api, jalan raya dan jambatan,” menurut LTA dalam satu kenyataan media.

Kata kenyataan itu, China Communications Construction Company Limited (Cawangan Singapura)  sebelum ini selesai menjalankan projek-projek pembinaan rel di negara-negara lain seperti China dan Kenya. 

“Syarikat itu juga kini sedang membina stesen Boon Lay di Laluan Daerah Jurong,” tambah kenyataan tersebut.  – Agensi

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan