25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Penampilan terkini Rina jadi buah mulut netizen

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Penampilan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun yang dilihat semakin langsing menjadi perbualan netizen hari ini.

Menerusi gambar yang kini tular, netizen membuat perbandingan penampilan Rina yang dipercayai dimuat naik kelmarin berdasarkan baju dipakainya dengan gambar semasa beliau baharu menyertai anggota Kabinet dua tahun lalu.

Tangkap layar gambar Rina yang kini tular di media sosial.

Hantaran oleh pemilik akaun Facebook Nazrin Norani dengan kapsyen, “Kalau badan kurus, hidung pun ikut kurus ye? Mohon penjelasan” telah mencetuskan maklum balas yang pelbagai daripada pengunjung.

Rata-rata agak terkejut dengan penampilan baharu Ketua Srikandi Bersatu itu sehingga mendakwa beliau telah melakukan pembedahan bariatrik atau plastik terhadap wajahnya.

Walaupun begitu, ada juga yang mengandaikan perubahan wajah itu adalah hasil teknik solekan.

Advertisements

Mereka juga memuji penampilan terkini Rina yang dikatakan semakin cantik, tidak seperti ketika pertama kali menjadi anggota Kabinet di bawah kerajaan Pakatan Harapan.

Sehingga kini status Nazrin Norani itu disukai hampir 200 orang pengunjung.

Rina baru sahaja selesai menjalani kuarantin di rumah selepas disahkan positif Covid-19 minggu lalu dan beliau sudah kembali bertugas seperti biasa.

Hari ini beliau tampil langsung menerusi FB Live KPWKM sempena Majlis Amanat Menteri KPWKM Sempena Sambutan Tahun Baharu 2021. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan