27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Manfaat perintah berkurung hafaz al-Quran dalam 6 bulan

Mesti Baca


RAMALLAH – Pelaksanaan perintah berkurung oleh kerajaan di kebanyakan negara dunia bagi membendung penularan wabak Covid-19 membataskan aktiviti masyarakat hanya di rumah sahaja.

Pelbagai aktiviti dilakukan di rumah antaranya memasak, berkebun dan menonton rancangan di televisyen.


Tidak kurang juga mereka memanfaatkan tempoh berkurung untuk meneruskan aktiviti riadah seperti berbasikal dan jogging.

Berbeza dengan seorang remaja di Palestin, dia memanfaatkan tempoh berkurung untuk mempelajari dan menghafaz al-Quran sehingga menarik perhatian dunia.

Remaja itu, Taqwa Zahir, 15, memilih pendekatan berbeza seperti mereka yang sebaya dengannya memilih media sosial apabila mendalami ilmu agama melalui al-Quran.

Memetik laporan The Siasat Daily, Taqwa Zahir berjaya menghafaz al-Quran sepanjang perintah berkurung di negaranya. 

Advertisements

Dalam waktu enam bulan, Taqwa Zahir mampu menghafaz Al-Qur’an.

Perkara itu telah mengejutkan ramai orang yang percaya sekurang-kurangnya tempoh lima tahun diperlukan untuk menghafal al-Quran.

Kejayaan Taqwa Zahir meraih pujian masyarakat Islam yang memujinya memanfaatkan waktu semasa perintah berkurung untuk perbuatan yang terpuji. 

Kisah Taqwa Zahir banyak dimuatnaik oleh pelbagai akaun media sosial disertai dengan pujian.

Banyak juga individu mendapat inspirasi dari kisah Taqwa Zahir kerana percaya menghafaz al-Quran seperti mimpi bagi kebanyakan orang yang perlu segera diwujudkan.

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan