28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Azizan Osman dedah nyaris maut akibat Covid-19, 31 ahli keluarga dijangkiti

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Mentor keusahawanan, Datuk Azizan Osman hari ini mendedahkan beliau nyaris meninggal dunia akibat dijangkiti Covid-19, baru-baru ini.

Menerusi catatan Facebook beliau, usahawan itu berkata, beliau dan keluarganya diuji dengan virus Covid-19 yang mana 31 ahli keluarganya dijangkiti Covid sehingga ibu mertua beliau meninggal dunia akibat virus tersebut.

AzAzizan Osman dedah nyaris maut akibat Covid-19, 31 ahli keluarga dijangkiti.

Menurutnya, pada 7 Januari 2021, beliau dan keluarga terdedah kepada individu yang positif Covid-19 hingga menyebabkannya dijangkiti. 

“COVID IS REAL, THE STRUGGLE IS REAL, it’s a real fight kalau you ada pada simptom atau tahap yang teruk.

“1.44 petang, Jumaat 15 Jan 2021 – Saya dah hampir maut! Nafas saya sesak! Doktor kata peluang saya amat tipis!

“Tapi sesuatu berlaku yang membuktikan kekuasaan Allah SWT…Dengan nama Allah Yang Maha berkuasa yang memiliki seluruh alam,” katanya hari ini.

Menurut Azizan, tak mudah untuk beliau kongsikan betapa sedih, perit dan ngeri pada waktu itu, tapi sangat penting untuknya  kongsikan sebagai seorang mentor, beliau mahu anda tahu proses itu dan mengapa  RichWorks terus buat apa yang mereka buat hingga hari ini.

Ujarnya, beliau cuba untuk menangis ketika menulis catatan itu tapi pada waktu berkenaan Alhamdulillah ada keluarga, ibu, isteri dan Datuk Jerry yang merupakan kawan hebat.

“Pada waktu itu, saya fikirkan tentang anak didik saya, saya fikirkan Team RichWorks, saya fikirkan semua yang tak henti DM/PM saya sehingga hari ini… yang buatkan saya walaupun tahu tiada harapan, ia beri saya SEMANGAT. Semangat untuk hidup… 

“Masa itulah SAAT penentu untuk pergi atau kekal… You tak boleh bernafas, you tak boleh tarik, you tak boleh hembus hanya gunakan machine untuk terus survive dan fight dengan otak, emosi dan diri. 
“Do you want to live? Do you want to fight? That was the moment…

“Dan In sha Allah, ini masanya untuk saya betulkan segalanya, peluang kedua ni bukan sekadar suka-suka. 

“Saya percaya ada sebab Allah bagi peluang ni untuk saya buat segalanya dengan lebih baik, to be a better MenThor In sha Allah,” katanya.

Melihat bagaimana pandemik itu begitu kritikal hingga ada yang tekad bunuh diri,ibu yang mencuri ubat untuk anak-anak, mencari rezeki di tempat sampah, ia cukup memberi kesan padanya dan betapa belum belum berjaya bantu bangsanya  untuk berjaya.

Katanya, beliau akan kongsi dan akan bongkarkan ilmu bagaimana beliau bina bisnes anak didiknya untuk bertahan sepanjang PKP tahun lalu, dan Akan memberikan sesi itu 100% percuma untuk sokonh untuk bantu rakyat Malaysia sama-sama bangkit untuk lawan pandemik ini dan terus survive dengan berniaga.

“Dan ini apa yang saya nak kongsikan dengan anda secara Live meskipun baru pulih bermula Sabtu 30 Januari hingga 1 Februari 2021,” tambahnya.

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan