27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Jangan terlalu akur tuntutan melemahkan UMNO

Mesti Baca

REMBAU: Ahli-ahli Parlimen UMNO yang mendukung kerajaan Perikatan Nasional (PN) digesa agar jangan terlalu akur dengan tuntutan yang boleh melemahkan parti.

Naib Ketua UMNO Bahagian Rembau, Datuk Seri Dr Awaludin Said berkata, Ahli-ahli Parlimen terbabit seharusnya sedar bahawa mereka membawa suara parti dalam kerajaan.

“Perikatan Nasional sepatutnya sedar bahawa kelangsungan gabungan itu bergantung kepada sokongan 38 Ahli Parlimen dari UMNO,” katanya ketika membentangkan usul UMNO Bahagian Rembau Mesyuarat Perwakilan UMNO bahagian berkenaan di Dewan Biduanda, Universiti Teknologi MARA Kampus Rembau di sini, hari ini.

Awaludin jangan
DR AWALUDIN SAID

Usul penuh yang diluluskan secara sebulat oleh perwakilan UMNO Bahagian Rembau adalah seperti berikut:

Maka, Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Rembau yang bersidang pada hari ini, 3 Januari 2021, mengambil ketetapan seperti berikut:-

MENGGESA kepimpinan UMNO di semua peringkat menghayati erti perjuangan parti. Perjuangan ini mesti juga dihayati oleh rakyat khasnya orang Melayu. Hakikatnya, UMNO adalah sebuah perjuangan. Hilang UMNO maka hancurlah perjuangan ini.

Advertisements

MENGGESA pucuk pimpinan UMNO bersikap lebih tegas dalam mendedahkan kepincangan Pakatan Harapan dan sekutunya semasa mereka berkuasa. UMNO juga perlu menubuhkan sebuah badan atau unit untuk mendokumentasikan hal-hal kepincangan kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini bagi membolehkan semua pihak seia dan sekata dalam menyampaikan semua salah laku Pakatan Harapan semasa mereka memerintah negara.

MENGGESA UMNO memperkasakan Jabatan Penerangan dan media untuk menangani segala isu-isu fitnah dan propaganda negatif serta berita palsu secara sistematik dan efisien. Maka perlu diwujudkan sistem penyaluran maklumat yang tuntas sehingga ke akar umbi. Maklumat ini juga haruslah disalurkan dengan cepat dan tepat bagi menangkis segala propaganda negatif terhadap UMNO.

MENGGESA UMNO mesti mempertahankan dan bertanding di semua 16 kerusi Parlimen yang dimenangi atas tiket UMNO dan akhirnya melompat ke parti PPBM.

MENGGESA UMNO memberi amaran sekeras-kerasnya kepada mana-mana pemimpin UMNO yang menjejaskan kredibiliti dan dasar-dasar parti. Meminta mereka menggunakan saluran parti dalam apa-apa hal yang berkaitan dengan parti. Jika perlu, mereka ini perlu dirujuk kepada Lembaga Disiplin parti.

MENGGESA Ahli-ahli Parlimen dari UMNO yang mendukung kerajaan Perikatan Nasional agar jangan terlalu akur terhadap tuntutan yang boleh melemahkan parti. Ahli-ahli Parlimen dari UMNO harus sedar bahawa mereka membawa suara parti dalam kerajaan. Perikatan Nasional sepatutnya sedar bahawa kelangsungan gabungan itu bergantung kepada sokongan 38 Ahli Parlimen dari UMNO.

MENGGESA pada pilihan raya umum akan datang, UMNO Bahagian Rembau menolak sebarang kerjasama dengan PPBM. Begitu juga dengan PKR dan DAP. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Sultan Nazrin berkenan letak batu asas IPTTI, URCC UPSI

SULTAN Perak, Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Majlis Perletakan Batu Asas bagi Institut Pendidikan Tahfiz dan Turath Islami (IPTTI)...

Lagi Artikel Berkaitan