31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Wan Saiful desak Asyraf minta maaf tuduh beli ahli

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Saiful Wan Jan menuntut Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, memohon maaf dan menarik balik serta merta tuduhan bahawa Bersatu ‘mencuri dan membeli’ ahli UMNO.

Malah, beliau berkata, Bersatu tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Asyraf Wajdi di mahkamah jika beliau gagal berbuat demikian, dalam masa terdekat.

Wan Saiful berkata, beliau memandang berat tuduhan Asyraf Wajdi bahawa Bersatu mencuri dan membeli ahli-ahli UMNO.

“Tindakan beliau menyebut ‘setiap yang menyertai PPBM dibayar sehingga RM100, setiap cawangan yang ditubuh diperuntukkan RM3,000 sehingga RM5,000’ tidak dapat diterima sama sekali.

“Saya dengan tegas menafikan tuduhan liar tanpa bukti ini. Saya menuntut Datuk Dr Asyraf memohon maaf dan menarik balik tuduhan tersebut serta merta.

“Saya juga akan berbincang dengan pihak parti mengenai kesesuaian mengambil tindakan undang-undang dalam hal ini,” katanya dalam satu kenyataan ringkas menerusi hantaran Facebook, hari ini.

Terdahulu, Asyraf Wajdi dalam hantaran Facebook berkata, Pemuda UMNO tidak dapat memberi jaminan kerjasama dengan Bersatu boleh kekal, sekiranya usaha mencuri dan membeli ahli UMNO masih berlaku.

Asyraf Wajdi berkata demikian berdasarkan suasana hubungan UMNO dan Bersatu di peringkat akar umbi ketika ini semakin panas dan getir akibat perbuatan itu.

Harap perkara ini dapat diselesaikan dengan baik dengan semangat kekeluargaan antara dua parti.

Dalam jawapan balasnya, Asyraf Wajdi berharap Wan Saiful menerima nasihat Pemuda UMNO dengan berlapang dada agar dihentikan segera sebarang usaha mem’beli’ atau men’curi’ ahli yang akan mengeruhkan hubungan bahkan tidak akan membantu memperkukuhkan hubungan kerjasama UMNO-Bersatu.

“Sejujurnya saya mengharapkan jawapan sekurang-kurangnya, ‘Kami akan menyiasat dakwaan yang dibuat Pemuda UMNO’ bukannya MENGUGUT UNTUK MENYAMAN.

“Sebagaimana yang saya sebutkan dalam kenyataan, terlalu banyak aduan akar umbi UMNO seluruh Malaysia yang mendakwa berlakunya persaingan sehingga berlaku usaha membeli dan mencuri ahli,” jelasnya.

Beliau menambah, Pemuda UMNO juga bersedia mendedahkan segala bukti berhubung dakwaan tersebut sekiranya Wan Saiful ingin meneruskan tindakan undang-undang. – EDISI 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan