24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Hias restoran wajah pemimpin komunis, polis buka kertas siasatan

Mesti Baca


GEORGETOWN – Polis Pulau Pinang akan menyiasat tindakan seorang pemilik restoran makanan di negeri ini yang bertindak memasang dan menghiasi dinding premisnya dengan wajah pemimpin komunis, Mao Tze Tong.

Memetik Astro Awani, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri SAC Rahimi Ra’ais berkata, polis telah membuka kertas siasatan dan akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pemilik restoran berhubung perkara itu.

Anggota polis membuang hiasan wajah pemimpin komunis di sebuah restoran di Pulau Pinang. Foto FACEBOOK

Menurutnya, siasatan pihak polis mendapati dua premis restoran, iaitu di Pulau Tikus dan Auto City di Juru, memaparkan gambar berkenaan.

Hasil siasatan pihaknya mendapati, restoran itu dimiliki seorang lelaki berusia 40 tahun.

Advertisements

Setakat ini, pihak polis belum mengambil keterangan daripada pemilik premis kerana lelaki itu sedang menjalani kuarantin Covid-19 selama 14 hari.


Rahimi berkata, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 47 Akta Pertubuhan dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan.


Semalam, tular di media sosial sebuah restoran makanan menghiasi dinding dengan gambar wajah pemimpin komunis tersebut, mengundang kecaman warganet.

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan