25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Pas tegas untuk perpaduan, gesa rakan politik berlapang dada

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Pas menyeru rakan-rakan politik terutama di pihak Kerajaan agar terus berlapang dada, bertolak ansur serta mengambil iktibar dari peristiwa lampau demi maslahat rakyat yang memerlukan kepimpinan yang baik dan berintegriti.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, selepas bersama memimpin ke arah perpaduan ummah melalui Muafakat Nasional, diikuti menyelamatkan negara melalui persefahaman menubuhkan Kerajaan Perikatan Nasional, Pas berpandangan semua pihak perlu komited, jujur dan bertanggungjawab dalam menguruskan pemerintahan dan pentadbiran negara terutama di zaman dunia umumnya berada dalam keadaan yang amat sukar.

“Pas sebagai sebuah parti politik utama negara yang pula berprinsipkan Islam dengan tegas berpandangan aspek perpaduan amatlah penting dalam proses bina negara demi kepentingan rakyatnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisements

Takiyuddin berkata, Pas tidak mahu terlibat mahupun dilibatkan dalam sebarang polemik politik yang membawa negara ke kancah perpecahan sekali gus mengundang kepada ketidakstabilan, ancaman terhadap keamanan dan kehidupan ekonomi rakyat. 

Menurutnya, Pas bertekad memperkasakan Gagasan Muafakat Nasional di samping mempertahankan Kerajaan Perikatan Nasional.

“Pas amat percaya hanya perpaduan yang sejati dan ikhlas sahaja mampu membawa kepada pembinaan negara yang harmoni, maju, bersatu padu serta saling menerima dan hormat menghormati di antara rakyat pelbagai kaum, agama, adat resam dan budaya di negara kita yang tercinta ini,” tambahnya.

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan