24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Najib beri isyarat UMNO perlu keluar PN

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi ‘isyarat’ UMNO perlu meninggalkan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) kerana dilayan bagaikan ‘anak tiri’ biarpun memainkan peranan besar ‘mendokong hidup’ kerajaan tersebut.

Berucap merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Pekan, Najib berkata, jika parti itu berterusan seperti hari ini dengan hanya menjadi salah satu komponen parti pemerintah tetapi dilayan seumpana itu ‘’maka tunggulah pengakhiran UMNO.

‘’Jika ahli-ahli parti UMNO itu menerima apa yang berlaku sepanjang sembilan bulan sebagai kebiasaan atau realiti baru, mereka sebenarnya ‘membunuh’ UMNO secara perlahan-lahan,’’ tegas beliau yang disiarkan secara langsung melalui Facebook bekas Perdana Menteri itu.

Sambil menyifatkan apa yang berlaku sebagai putaran ganas kehilangan keyakinan diri, Najib berkata, UMNO perlu keluar daripada situasi tersebut bagi membina kejayaan baru yang berterusan.

“Jika kita terus kekal dalam putaran ganas kehilangan keyakinan ini, maka UMNO akan berakhir sebagai parti politik berpengalaman,’’ katanya.

Advertisements

Najib berkata, UMNO adalah peneraju agenda dan hala tuju ketika bersama Perikatan dahulu dan kini kekal bersama Barisan Nasional, bukannya menjadi parti pendokong dan parti pengikut.

Tegas beliau, pemimpin parti itu tidak harus menjadikan kedudukan dalam kerajaan ketika ini sebagai suatu kebiasaan kerana ia akan “membunuh” UMNO secara perlahan-lahan.

‘’Asalkan ada jawatan menteri sudah gembira walaupun kualiti portfolio tidak sepadan dengan sumbangan UMNO mengekalkan kerajaan yang ada,’’ katanya.

Beliau juga mengingatkan, UMNO tidak menjadi penentu kepada dasar negara memandangkan jawatan berkaitan ekonomi dan kewangan tidak dipegang menteri daripada parti tersebut.

‘’Kejayaan kerajaan menjadi kredit kepada orang lain, bukan kepada kita dan model kerajaan PN tidak mendatangkan kebaikan kepada negara dalam tempoh jangka panjang dan merugikan UMNO,’’ katanya.

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan