30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Ebit bantu keluarga hilang rumah akibat banjir di Pahang

Mesti Baca

KUANTAN – Kesedihan dialami satu keluarga di sebuah kampung dekat Raub berakhir apabila pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew (UEL) tampil membantu mereka menyediakan sebuah rumah sewa selain akan membayar sewa premis berkenaan.

UEL dalam catatan Facebook hari ini berkata, beliau berasa sedih apabila mendapat berita sebuah keluarga masih tinggal di sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) ketika keluarga lain sudah pulang ke rumah masing-masing.

Beliau berkata, rupanya keluarga itu sudah tiada lagi tempat hendak dituju apabila rumah dan kelengkapan berniaga mereka musnah akibat banjir sehingga tiada apa lagi yang tinggal.

Menurut UEL, sampai semalam abang kakak itu menangis semasa beliau dibawa oleh Ketua Kampung melihat rumah keluarga itu yang telah musnah.

Ebit Lew membantu menyediakan sebuah rumah sewa buat sebuah keluarga yang kehilangan rumah akibat banjir di Pahang. – Foto FB EBIT LEW

“Sampai waktu Maghrib. Syukur terus carikan rumah sewa yang saya akan bayar sewa. Semalam siap bayar deposit semua. 

“Saya hadiahkan abang kakak ini peti ais, mesin basuh, katil, kipas, rice cooker, dapur dan barang lain untuk keperluan berniaga,” tulisnya.

Sementara itu UEL memberitahu, keluarga itu termasuk anak-anaknya tersenyum sambil air mata mereka mengalir.

“Kata mereka, rezeki dapat jumpa ustaz. Allah takdirkan kak. Doa akak dan abang. Sabar yer. Disebalik ujian ada rahmat Allah,” tambah UEL lagi. – Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan