26 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 17, 2024

Dr Noor Hisham perjelas maksud kontak rapat

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah malam tadi tampil menjelaskan maksud sebenar kontak rapat.

Menurutnya, kontak rapat adalah mereka yang terdedah kepada kes positif iaitu kurang daripada jarak satu meter dan melebihi 15 minit.

DR NOOR HISHAM ABDULLAH

“Justeru adalah amat penting untuk menjalankan pengesanan kontak rapat kepada mereka yang terdedah kepada kes positif Covid-19.

“Ini untuk membendung penularan jangkitan dengan secepat mungkin,” tulisnya dalam catatan Facebook berkenaan.

Dalam hantaran Facebook berasingan, Dr Noor Hisham menjelaskan, sekiranya katil di unit rawatan rapi (ICU) di dalam hospital yang dikhususkan untuk merawat COVID-19 sudah penuh, pesakit COVID-19 yang serius dan kritikal iaitu kategori 4 dan 5 akan terpaksa ditempatkan di ICU hospital-hospital lain yang tidak dikhususkan untuk COVID-19.

Ujarnya, ini akan menjejaskan rawatan kepada pesakit bukan COVID-19 yang lain, serta akan mendedahkan lebih ramai anggota kesihatan kepada jangkitan khususnya yang bertugas di rawatan rapi dan kritikal.

Oleh itu katanya, semua rakyat diminta bersama-sama mematuhi SOP dan nasihat kesihatan demi menjaga diri kita, keluarga kita dan komuniti kita:

1. Elakkan 3S / 3C iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).

2. Amalkan 3W iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup separuh muka (penutup hidung dan mulut – facemask) di tempat awam (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:

– Elakkan bersalaman / bersentuhan;

– Amalkan etika batuk dan bersin;

-Dapatkan rawatan segera jika bergejala;- Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;

– Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Terkini

26 warga asing ‘kosong’ ditahan di sekitar Johor Bahru

SEBANYAK 26 warga asing ditahan dalam operasi di sekitar Johor Bahru kerana dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah dan...

Lagi Artikel Berkaitan