25.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 17, 2024

‘Datuk’ diburu polis pukul pelanggan restoran

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Polis memburu seorang lelaki bergelar “Datuk” yang dipercayai memukul seorang pelanggan restoran di Tropicana Avenue, Petaling Jaya pada Selasa.

Dalam kejadian 8.30 malam itu, suspek bertindak memukul seorang lelaki selepas dinasihatkan untuk tidak membuat bising.

Ketua Polis Petaling Jaya, Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata lelaki itu kemudian memukul mangsa dengan tangan dan disyaki turut menampar seorang lagi wanita sebelum beredar dari restoran terbabit.

“Kita telah menerima laporan berhubung kejadian daripada mangsa yang bekerja sebagai pengurus dan kini usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan,” katanya kepada Bernama.


Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 323, 503, dan 506 Kanun Keseksaan.


Terdahulu, tular di media sosial hari ini video memaparkan seorang lelaki ditenangkan sekumpulan lelaki selepas menumbuk individu di Petaling Jaya.

Terkini

26 warga asing ‘kosong’ ditahan di sekitar Johor Bahru

SEBANYAK 26 warga asing ditahan dalam operasi di sekitar Johor Bahru kerana dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah dan...

Lagi Artikel Berkaitan