24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Lelaki guna duit i-Sinar bina 11 bonggol jalan mohon maaf

Mesti Baca


BESUT –  Seorang lelaki yang menimbulkan kekecohan kerana membina 11 bonggol di jalan tepi rumahnya di Kampung Padang Luas, Jertih memohon maaf atas perbuatannya.


Nor Muhamad Roslam Harun, 40, mengakui kesilapannya membina bonggol sebanyak itu dalam jarak tidak sampai 40 meter menyusahkan penduduk keluar masuk ke jalan utama.


“Pagi semalam ada pegawai polis datang jumpa saya. Beliau menasihati saya dengan elok supaya membuang semua bonggol tersebut.


“Jadi semalam juga saya upah sebuah jentolak untuk meratakan semua 13 bonggol termasuk dua bonggol asal yang ada di situ,” katanya kepada Bernama.

Baru-baru ini seorang penduduk berkongsi gambar di laman sosial memaparkan gambar jalan masuk ke rumahnya yang mempunyai 11 bonggol baharu, mengatakan ia dbina oleh jirannya.

Advertisements

Roslam membina bonggol tersebut kerana terganggu dengan bunyi kenderaan disebabkan ada pemandu memandu laju di kawasan itu tanpa mengira masa.

“Bilik tidur saya berada di bahagian tepi yang berdekatan dengan jalan itu menyebabkan bunyi bising kereta dan motosikal mengganggu tidur. Saya tertekan sangat dengan masalah ini, tambahan pula saya mempunyai masalah kesihatan tetapi belum lagi mendapatkan rawatan.

“Sebenarnya saya mahu membina bonggol yang landai sahaja tetapi tar itu cepat mengeras menyebabkan ia menjadi bonggol tinggi sehingga tidak boleh dilalui semua kereta kecuali pacuan empat roda,” katanya.

Roslam membelanjakan RM1,080 daripada pengeluaran RM5,000 wang i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membina bonggol-bonggol tersebut.

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan