36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Darurat: Pertimbang bantuan khas rakyat – Ahmad Maslan

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ahmad Maslan menggesa kerajaan menyediakan bantuan khas kepada rakyat yang kini di bawah tempoh Ordinan Darurat agar dapat meringankan beban mereka.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu berkata, antara bantuan khas yang boleh dipertimbangkan oleh kerajaan adalah dengan menyegerakan pemberian  Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan moratarium secara automatik kepada peminjam.

Selain itu katanya, kerajaan dicadang membenarkan kira-kira tujuh atau lapan juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengeluarkan caruman daripada akaun 1 dan 2 mereka.

“Jika ada bantuan khas kerana darurat elok. Boleh bantu ringankan sedikit,” katanya menerusi catatan Facebook hari ini.

Tangkap layar laporan berita cadangan menambah baik Bajet 2021 oleh Tengku Zafrul.

Beliau mengulas mengenai pengumuman Kementerian Kewangan (MOF) yang sedang mengkaji dan membincangkan penambahbaikan yang sesuai kepada Belanjawan 2021 bagi memastikan kesejahteraan rakyat dan kelangsungan perniagaan.

Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan, kajian tersebut dilakukan susulan pelaksanaan pelbagai jenis Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara ketika ini.

Dalam reaksinya berikutan pengumuman Tengku Zafrul itu, Ahmad Maslan berkata, terima kasih sekali lagi kerana prihatin rakyat.

“Terima kasih kepada Tengku Zafrul yang ingin tambah baik #Bajet2021,” tambahnya.

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan