25 C
Kuala Lumpur
Monday, October 18, 2021

Tindakan populis MIC ancam kedaulatan undang-undang

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran tidak perlu terlajak celupar dan membungkuskan kemarahannya kepada Pas hingga menuduh parti itu mempertahankan pengganas di luar negara atas dasar Islam yang dinyatakannya. 

Berikut adalah kenyataan penuh Ketua Pemuda Dewan Pemuda Pas Malaysia, Khairil Nizam Khirudin:

Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran tidak perlu terlajak celupar dan membungkuskan kemarahannya kepada Pas hingga menuduh parti ini mempertahankan pengganas di luar negara atas dasar Islam yang dinyatakannya. Jika beliau yakin benar dan anak jantan sebagai seorang ahli politik serta bermaruah, sila nyatakan pihak yang dilabelkan sebagai pengganas itu.

Sehingga hari ini Pas tidak pernah menyatakan sokongan atau simpati kepada mana-mana kumpulan pengganas biarpun dalam kalangan orang Islam dan bertegas menolak sebarang bentuk keganasan ke atas mana-mana individu. Pas komited membawa perdamaian, perpaduan dan keharmonian menerusi saling menghormati serta menjunjung undang-undang.

Adapun isu di Kedah, adalah jelas nyata perkara yang sudah lama dikompromikan. Tindakan yang dibuat telah melalui budi bicara yang tidak sedikit oleh pihak kerajaan sejak dahulu. Langkah diambil Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor adalah memenuhi tuntutan undang-undang yang telah sedia termaktub.

Baca juga:   PM dijangka buat pengumuman esok - Ahli MPT Bersatu

Soalannya, mengapa MIC selaku pihak yang mengaku berpengaruh dalam kalangan kaum India dan penganut Hindu tidak bertindak sewajarnya untuk memimpin penyelesaian isu sekian lama itu? Di mana paksi undang-undang didaulatkan sekiranya MIC adalah pertubuhan sah dan dianggotai warganegara tidak patuh kepada peraturan sedia ada?

Baca juga:   MCW pandang serius kepincangan di pintu sempadan negara

Atau MIC mahu menuntut suatu keistimewaan yang khas bebas dari perundangan berkaitan? Nescaya ia adalah tidak wajar dan emosi, sedangkan semua urusan agama di mana-mana bahagian dunia beriringan dengan tadbir urus negaranya. Hakikatnya mereka yang enggan tunduk kepada undang-undang itulah lebih wajar dilabel pengganas dan melampaui agama.

Terkini

Muzakarah khas bincang SOP rapatkan saf solat berjemaah – Idris

JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah diarah untuk mengatur satu muzakarah khas untuk membincangkan prosedur operasi standard (SOP) bagi...

Lagi Artikel Berkaitan