Tuesday, July 21, 2026

Kedudukan MIC dalam BN terus jadi tanda tanya

Difahamkan tiada pemimpin MIC menghadiri mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tersebut.

Mesti Baca

DEWAN Tertinggi Barisan Nasional (BN) yang bermesyuarat malam ini tidak membuat sebarang keputusan berhubung kedudukan MIC dalam gabungan itu.

Sama ada tidak dibincangkan atau tiada sebarang kata putus, kenyataan media yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir tidak menyebut mengenai isu tersebut.

Difahamkan tiada pemimpin MIC menghadiri mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tersebut.

Sebaliknya, Dewan Tertinggi BN telah menerima penyertaan semula Parti Progresif Penduduk Malaysia (PPP) dalam BN, sekali gus menguatkan lagi spekulasi bahawa MIC sudah tinggalkan BN.

“Mesyuarat Dewan Tertinggi BN turut menerima penyertaan semula Parti Progresif Penduduk Malaysia (PPP) sebagai parti komponen BN, selaras dengan semangat memperkukuh gabungan politik berbilang kaum di bawah satu payung perjuangan yang inklusif dan progresif,” kata kenyataan itu.

Sementara itu Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Datuk Seri Arthur Joseph Kurup telah dilantik sebagai Pengerusi Penyelaras BN Sabah.

Manakala Pengerusi Perhubungan  UMNO Sabah, Datuk Jafry Ariffin pula sebagai Timbalan Pengerusi manakala Datuk Mohd Hasnol Ayub sebagai Setiausaha.

Zambry berkata, BN merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Nor atas pelantikan Jafry sebagai Menteri dan Datuk Seri Anil Sandhu sebagai Pembantu Menteri, serta sokongan beliau kepada BN dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag.

“BN juga sedang mempertingkatkan gerak kerja dan kesiapsiagaan jentera parti bagi menghadapi dua PRK tersebut, dengan memberi penekanan kepada penyelarasan jentera, strategi kempen yang berkesan serta komitmen berterusan untuk menyampaikan khidmat terbaik kepada rakyat,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa Perikatan Nasional (PN) telah menerima penyertaan MIC sebagai parti komponen. 

Bagaimanapun, Zambry berkata, MIC masih lagi parti komponen BN dan tiada maklumat rasmi yang mengesahkan MIC sudah diterima dalam PN. — Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan