32.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, January 20, 2022

Skandal minyak: Timbalan Ketua Pengarah, Setiausaha bahagian jabatan ditahan

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Lima individu termasuk seorang Timbalan Ketua Pengarah bergelar ‘Datuk’ dan Setiausaha Bahagian sebuah jabatan kerajaan direman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berkaitan skandal rasuah minyak gred berat di perairan negara.

Turut direman adalah tiga pengarah syarikat perkapalan termasuk seorang yang bergelar ‘Datuk Seri’.

Majistret Shah Wira Abdul Halim mengeluarkan perintah reman bermula hari ini hingga 15 Dis itu selepas mendengar permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.

Menurut laporan Bernama, sumber SPRM berkata, kelima-lima individu berusia antara 35 dan 54 tahun itu ditahan ketika memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya, malam tadi.

Berdasarkan siasatan, kedua-dua pegawai kanan kerajaan itu dipercayai menyalahguna kedudukan dan kuasa mereka untuk mengeluarkan surat pengecualian kepada syarikat tertentu tanpa pengetahuan dan kelulusan Menteri Pengangkutan.

Sementara itu, Berita Harian melaporkan, difahamkan minyak gred berat adalah sejenis minyak likat yang tidak mudah mengalir mengikut keadaan takungan biasa. Umumnya ia digunakan sebagai bahan api pengangkutan laut, namun jika tumpah atau berlaku kebocoran ia boleh mengakibatkan pencemaran laut.

Sumber berkata, semua mereka disyaki terbabit dalam skandal berhubung kelulusan dan pengecualian khas kepada beberapa syarikat yang bertanggungjawab membawa minyak gred berat terbabit di perairan Malaysia tanpa kelulusan Menteri Pengangkutan.

Baca juga:   Tok Pa positif Covid-19, kini dirawat di HRPZ II

Kata sumber itu lagi, perbuatan itu juga dilakukan tanpa pengetahuan Ketua Pengarah jabatan berkenaan yang sebelum ini mengeluarkan surat arahan larangan penggunaan jenis kapal ‘Single Hull, Double Bottom’ (struktur kapal) dalam mengangkut minyak gred berat di perairan Malaysia.

Baca juga:   Guna gambar Ismail Sabri sebagai 'poster boy' PRU-15

“Terdapat banyak rungutan dan aduan yang diterima daripada pengusaha-pengusaha kapal lain yang sudah menukar kepada Double Hull, Double Bottom.

“Ini selaras dengan piawaian antarabangsa bagi mengelakkan kebocoran dan pencemaran laut akibat kesan tumpahan minyak oleh kapal jenis berkenaan.

“Namun masih ada syarikat yang menggunakan Single Hull, Double Bottom yang sudah dilarang oleh kementerian,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya, ketika dihubungi akhbar itu mengesahkan tangkapan tersebut namun enggan mengulas lanjut.

Terkini

Nadma bakal ditubuhkan di negeri dan daerah

MAJLIS Pengurusan Bencana Negara (Nadma) berkemungkinan ditubuhkan di peringkat negeri dan daerah dalam usaha memastikan aspek pengurusan bencana di...

Lagi Artikel Berkaitan