30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Sebak baca kisah Ganesh, UEL dapat, bayarkan rumah sewa

Mesti Baca

GEORGETOWN – Lima beranak yang terpaksa berumah di dalam kereta selama lapan bulan akhirnya mampu menarik nafas lega apabila pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew (UEL) membantu mereka mendapatkan rumah sewa sementara menunggu permohonan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) mereka diluluskan.

UEL memberitahu, beliau berjaya mendapatkan sebuah rumah sewa tiga bilik yang cantik dan selesa buat S Ganesh sekeluarga tinggal selepas ini.

UEL bermesra dengan keluarga Ganesh. Foto FACEBOOK EBIT LEW

“Saya akan bayar sewa rumah untuk sebulan sementara mereka dapat rumah PPR. 

“Dah dua kali mohon semenjak rumah terbakar. Tapi jika mereka ingin terus di situ pun saya akan terus bayarkan dengan gembira” tulisnya dalam catatan Facebook beliau, hari ini.

UEL salam pada itu berkata, selain rumah sewa, beliau turut menghadiahkan peti ais, mesin basuh, televisyen, periuk nasi, dapur, kipas, katil Queen (1), katil single (2), barang dapur dan duit belanja.

Katanya, beliau berasa amat sayu semasa hendak belikan barang untuk mereka.

“Baik sangat pasangan ini. Tak berhenti Ganesh dan isteri cakap terima kasih. Mereka menangis terharu. Katanya kenapa banyak sangat ustaz. Mereka suka sangat tengok rumah baru. Cantik dan selesa.

“Gembira dapat tengok senyuman anak-anak comel. Doakan perjalanan nak balik KL dah. Dah 4 hari di luar” tambahnya.

UEL memberitahu, beliau menangis sebak semalam terbaca pasal kisah Ganesh dan isterinya, Parameswari serta tiga anak kecil tidur lapan bulan dalam kereta semasa berada di Johor Bahru. 

Ujarnya, beliau sedih lima beranak itu selama itu makan tidur dalam kereta, mandi di tandas awam.

“Kerja pengawal keselamatan, malam bawa keluarga tidur dalam kereta. Rumah mereka terbakar bulan 4. Semua habis musnah. Sedihnya rasa.

“Saya tidur lena makan sedap, ada orang pula sampai tinggal dekat bonet kereta. Berpantang baru lepas bersalin juga hanya dalam kereta sahaja,” tambah UEL.

Kisah menyayat hati Ganesh mendapat perhatian media minggu ini dan mendapat bantuan banyak pihak selepas laporan berita mengenainya tular.

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan