31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Video khemah di tanah perkuburan terbang, berpusing tular

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Kejadian sebuah khemah di sebuah tanah perkuburan terbang dan berpusing beberapa kali di tempat sama dipercayai diterbangkan angin puting beliung tular di media sosial, hari ini.

Rakaman video selama 19 saat itu dimuatnaik halaman Facebook N9 INFO TRAFFIC.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan bila dan lokasi kejadian itu berlaku.

Selain itu, nasib orang ramai yang berada di kawasan kejadian juga tidak diketahui.

Dalam keterangan pentadbir laman Facebook itu mendakwa, tiada angin tiada ribut, tiba-tiba sahaja khemah terbang di tanah perkuburan.

“Kuasa Allah SWT,” tulis pentadbir halaman Facebook itu lagi.

Bagaimanapun, netizen dalam reaksi mereka menegaskan khemah itu diterbangkan oleh angin.

Azman Ilias berkata, yang bergoyang khemah tu bukan angin ke?

Muhammad Asyraf Afham Pula berkata, pokok kecil tepi tu pon bergoyang.. memang angin laa

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan