26 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Moratorium: Najib kecewa institusi perbankan ambil kesempatan masa rakyat susah

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak kecewa dengan sikap sesetengah institusi perbankan yang seolah-olah mengambil kesempatan dalam kesempitan rakyat dengan janji kerajaan Perikatan Nasional (PN) berhubung lanjutan moratorium.

Kata bekas perdana menteri itu, rakyat yang pada masa ini dalam kesusahan ‘dimangsakan’ oleh pihak bank.

Tangkap layar kekecewaan seorang rakyat berhubung pelaksanaan moratorium

“Paling mengecewakan saya ialah ada bank yang seolah-olah mengambil kesempatan dalam kesempitan dengan janji kerajaan PN. 

“Rakyat dalam kesusahan dimangsakan.Harap kerajaan sedar perkara begini sedang berlaku,” tulis Najib dalam reaksi kepada hantaran Facebook beliau, hari ini.

Dalam reaksinya, Najib turut menyertakan tangkap layar kekecewaan seorang netizen yang terpaksa membatalkan hasrat membuat lanjutan moratorium apabila diminta bank memanjangkan tempoh perjanjian sewa beli kepada 24 bulan lagi sebagai syarat kelulusan penangguhan pembayaran pembiayaan.

Terdahulu, Najib memuatnaik satu hantaran yang menyatakan beliau telah bertemu dengan kerajaan PN untuk membincang isu lanjutan automatik moratorium pinjaman dan pengeluaran akaun 1 KWSP RM10k tanpa syarat.

Advertisements

Katanya, beliau mengutarakan masalah dialami rakyat antaranya ramai rakyat yang tercicir selain perlu menyerahkan pelbagai dokumen sebagai bukti mereka layak untuk pengeluaran i-Sinar.

Menurutnya, beliau juga ceritakan bahawa ramai yang mengadu bahawa mereka tidak diluluskan lanjutan moratorium dan ada bank yang mengambil kesempatan untuk menambah tempoh pinjaman bagi mengaut lebih keuntungan bagi mereka yang minta lanjutan moratorium.

“Saya kata kita harap kerajaan PN boleh buat serupa dengan moratorium pertama awal tahun ini.

“Namun, Kerajaan PN jawab saya bahawa apa yang sudah diumumkan sudah elok dan mereka anggap mereka sudah buat segala yang diperlukan untuk memenuhi tuntutan saya dan BN bagi dua isu ini.

“Mereka kata pada saya bahawa mereka telah serahkan kepada Menteri Kewangan, CEO KWSP dan bank-bank untuk laksana apa yang diperlukan atau menambah baik jika ada keperluan,” katanya.

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan