30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Kehendak rakyat menang, Kolej Elektoral sahkan kemenangan Biden

Mesti Baca

WASHINGTON – Calon Presiden dari Parti Demokrat, Joe Biden berkata, ‘kehendak rakyat telah menang’ selepas kemenangannya pada Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) disahkan oleh Kolej Elektoral secara rasmi.

Dalam ucapannya selepas pengumuman itu semalam, Biden berkata, demokrasi AS telah ‘diasak, diuji dan diancam’ serta ‘dibuktikan ketahanannya, benar dan kuat’.

Pengesahan Kolej Elektoral merupakan satu daripada peringkat akhir diperlukan Biden sebelum dilantik sebagai Presiden AS pada 20 Januari depan.

Biden memenangi pemilihan pada November lalu apabila mendapat 306 undi Kolej Elektoral berbanding calon Republikan Donald Trump, 232.

Pengumuman Kolej Elektoral itu sekali gus menutup pintu kepada usaha Donald Trump untuk menukar keputusan Pilihan Raya Presiden AS pada 3 November lalu yang tidak menyebelahinya.

Prosedur Kolej Elektoral yang sudah menjangkau lebih 200 tahun itu hanyalah formaliti bagi tujuan pengesahan, namun proses berkenaan lebih signifikan berikutan senario pilihan raya kali ini yang menyaksikan Trump berkeras enggan mengaku kalah. 


“Demokrasi terbukti. Kita sebagai rakyat telah mengundi. Integriti pilihan raya kita kekal utuh.


“Kini adalah masa untuk membuka lembaran baharu, bersatu dan pulih.


“Saya akan menjadi Presiden kepada seluruh rakyat AS,” kata Biden dalam petikan ucapan yang beliau dijangka sampaikan di Wilmington, Delaware, lewat semalam.

Namun, Trump masih mendakwa beliau adalah pemenang sebenar walaupun keputusan pilihan raya memihak kepada Biden dengan jelas.


Mahkamah bagaimanapun telah menolak dakwaan pasukan Republikan bahawa berlaku penipuan pada pilihan raya itu.


Jumaat lalu, keputusan Mahkamah Agung AS memberikan ‘tamparan undang-undang’ yang terakhir apabila turut menolak rayuan difailkan oleh sekutu Trump dari Texas dan negeri lain bawah pimpinan Republikan. 

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan