30.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

Pertembungan ahli politik Melayu tidak untung bangsa – Tok Mat

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, rakyat telah bosan, muak dan jelik dengan pelbagai kenyataan perlakuan dan pertembungan politik bangsa Melayu terutamanya.

Melalui catatan dalam Facebook beliau malam ini, Timbalan Presiden UMNO itu berkata, telah 10 bulan berlalu semenjak UMNO menyokong pembentukan Kerajaan baru. Politik bangsa Melayu dan Malaysia terus berantakan.

‘’Rakyat kebanyakan telah sangat bosan, muak dan jelik dengan pelbagai kenyataan, perlakuan dan pertembungan ahli politik bangsa Melayu terutamanya.

”Semua ini tidak menguntungkan bangsa. Semua ini meletakkan kedudukan bangsa Melayu pada kedudukan yang lemah dan tanpa haluan yang jelas,’’ katanya.

Justeru kata beliau, mungkin yang diperlukan oleh bangsa Melayu bukan lagi gagasan tetapi pencerahan tentang jalan bagaimana bangsa Melayu itu akan jadi lebih baik dan maju.

‘’Mungkin yang diperlukan oleh Malaysia itu bukan lagi perikatan politik demi perikatan politik. Tetapi dasar, idea dan kecerdikan baru untuk menjayakan Malaysia yang maju.

”Hamka pernah berpesan, orang berakal hidup untuk masyarakatnya, bukan buat dirinya sendiri. Malaysia sangat memerlukan mereka yang sebegini untuk tanahair ini,’’ katanya.

Sehubungan itu kata Mohamad, mungkin tiba masanya kita tutupkan riwayat lama, bukakan lembaran baru.

‘’Baik hentikan termenung gundah gulana kerana apalah gunanya lama terharu. Akhirnya, cerita hari kemarin telah berlalu dan ceritanya sudah pun diceritakan. Hari ini, benih-benih baru tumbuh. Demikian juga Malaysia, ia perlukan benih dan inspirasi baru,’’ katanya.

Terkini

Jarak bukan penghambat kemesraan menyambut Aidilfitri

Oleh DR AZMAWATY MOHAMAD NOR HARI Raya Aidilfitri merupakan peristiwa yang menggembirakan di mana ia adalah masa untuk keluarga dan...

Lagi Artikel Berkaitan