25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Demi kepentingan rakyat, Tun M,Ku Li mahu gagalkan Belanjawan Rakyat

Mesti Baca

Editor
Editor
Editor Edisi 9


Oleh: MOHAMAD SYUKRI MAT AROP

Petang tadi menyaksikan dua negarawan yang satu ketika dahulu pernah menjadi seteru politik, duduk semeja menyatakan kebimbangan mereka terhadap situasi semasa politik tanah air.

Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li pada sidang media yang diadakan secara bersama menyatakan kesediaan mereka untuk memberikan sumbangan kepada negara bagi mengembalikan status Malaysia sebagai “Harimau Asia”.

Secara kasarnya niat mereka itu sungguh murni kerana ingin mengembalikan kegemilangan Malaysia di rantau Asia, membantu Malaysia menjadi sebuah negara maju semula, dan mengembalikan keyakinan pelabur asing dan tempatan.

Selain itu kedua-dua tokoh ini turut menasihatkan semua ahli Parlimen untuk mengenepikan kepentingan politik, parti serta kedudukan masing-masing dan fokus kepada kebajikan rakyat dan kemajuan negara.

Bagaimanapun mungkin Dr. Mahathir dan Ku Li lupa bahawa antara cabaran atau halangan utama untuk kerajaan hari ini memastikan kebajikan rakyat terjamin serta kemajuan negara diteruskan adalah mereka sendiri.

Contoh paling mudah ialah penyertaan Ku Li dalam pengundian dan perbahasan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat yang jelas bertentangan dengan mendahulukan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Ahli Parlimen Gua Musang itu telah memaklumkan kepada Speaker Dewan Rakyat bahawa beliau tidak akan menghadiri perbahasan Belanjawan 2021 dan secara terbuka mengatakan untuk tidak mengundi belanjawan tersebut.

Pada sidang media petang tadi juga beliau dengan tersenyum mengatakan sekali lagi bahawa beliau tidak akan menyertai perbahasan dan tidak akan mengundi .

Ini setelah beliau dan Dr. Mahathir, mengatakan bahawa ahli-ahli Parlimen mesti mengetepikan kepentingan politik dan kedudukan demi kesejahteraan rakyat dan negara.

Sejauh manakah keikhlasan kedua-dua tokoh politik negara ini? Benarkah semua yang ingin dilakukan adalah demi kepentingan rakyat atau hanya satu lagi helah untuk menduduki tampuk pentadbiran negara.

Seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ku Li juga pernah mempunyai impian yang sama dan masih dipikul sehingga hari ini.

Jangan lupa Ku Li pernah “berentap” dengan Dr. Mahathir merebut jawatan tertinggi UMNO pada tahun 1987 sehingga menyebabkan parti Melayu itu berpecah belah.

Jadi semua helah pada akhirnya akan membawa mereka kepada kedudukan yang telah lama didambakan. Ya mereke ketepikan kepentingan politik dan parti, tetapi bukan untuk rakyat tetapi demi kepentingan peribadi mereka.

“Demi kepentingan rakyat” akhirnya hanyalah satu frasa tunggangan buat ahli-ahli politik yang rakus. Ku Li juga membangkitkan isu keabsahan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Mungkin beliau boleh bangkitkan persoalan yang sama kepada Dr. Mahathir, tentang keabsahannya kepada Ketua Pembangkang.

Tun Mahathir ketika menjawab soalan wartawan mengakui Anwar sebagai Ketua Pembangkang. Beliau bagaimanapun menegaskan Presiden PKR itu tidak menguasai ahli Parlimen pembangkang dan mereka bebas membuat apa yang mereka inginkan.

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan