25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Tun M enggan tunduk, taat arahan Anwar

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mempunyai kuasa untuk mengawal tindakan mana-mana Ahli Parlimen dalam blok tersebut.

Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, beliau tidak perlu tunduk atau mentaati Ahli Parlimen Port Dickson itu.

Menurut beliau, status Ketua Pembangkang tidak bermakna Presiden PKR itu layak menerima sokongan majoriti daripada Ahli-ahli Parlimen pembangkang termasuk dirinya.

“Beliau hanya dipilih sebagai Ketua Pembangkang, itu tidak memberinya sebarang kuasa untuk mengawal, kami boleh buat apa yang kami suka seperti termaktub dalam Parlimen.

“Saya juga tidaklah perlu sehingga ikrar janji setia dan sebagainya kepada beliau,” katanya dalam sidang media bersama Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah di Yayasan Albukhary, Kuala Lumpur, hari ini.

Bekas Perdana Menteri itu turut mendedahkan bahawa beliau sudah lama tidak berhubung dengan Anwar.

Terdahulu Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi mengakui beliau tidak berhubung dengan Anwar untuk tempoh yang lama.

Penegasan Dr Mahathir itu itu sekali gus menafikan dakwaan kononnya Anwar sudah menerima sokongan Ahli Parlimen yang mencukupi untuk menjadi Perdana Menteri.

Pada masa ini, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang diketuai Dr Mahathir turut dianggotai oleh tiga Ahli Parlimen iaitu Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Jerlun), Datuk Dr Shahruddin Md Salleh (Sri Gading) dan Datuk Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu). 

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan