32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Culik dua beradik kerana tak miliki zuriat

Mesti Baca

JAKARTA – Seorang wanita yang ditahan polis kerana menculik dua beradik di Kota Tegal, Jawa Tengah memberi alasan tidak memiliki zuriat selepas enam kali bernikah sebagai sebab dia melakukan jenayah itu.

Ketua Polis Tegal, Rita Wulandari Wibowo berkata, suspek yang hanya dikenali sebagai NM, 26, merupakan warga Desa Karangasem Selatan, mukim Batang, daerah Batang.

Katanya, wanita itu didakwa menculik dua budak perempuan yang merupakan kakak dan adik masing-masing berusia 8 dan 7 tahun.

Menurutnya, keluarga mangsa mengenali suspek sejak tiga tahun lalu.

“Suspek pada awalnya datang menemui nenek mangsa yang merupakan penjaga kanak-kanak itu pada 7 Disember lalu dan menginap sambil meminta dicarikan pekerjaan,” kata Rita, semalam.

Rita memberitahu, selepas tiga hari menginap, nenek mangsa meminta tolong suspek membelikannya minyak angin dan wanita itu membawa kedua-dua beradik berkenaan bagi menunjukkan jalan, Khamis lalu.

Advertisements

“Namun selepas lewat malam, suspek dan cucunya masih tidak pulang mendorong nenek mangsa membuat laporan polis keesokan harinya” katanya.

Bertindak atas maklumat kata Rita, Polis Tegal bertindak memburu suspek yang difahamkan berada di Cirebon, Jawa Barat sebelum mewujudkan kerjasama dengan Polis Cirebon bagi mengesan wanita itu.

Ujarnya, suspek kemudiannya diberkas bersama kedua-dua mangsa di Cirebon.

“Hasil siasatan polis, suspek menyatakan dia berbuat demikian kerana teringin memiliki anak selepas gagal dikurniakan zuriat walaupun telah enam kali berkahwin,” katanya.

Sementara itu akibat perbuatannya, suspek akan didakwa mengikut pasal 83 jo pasal 76f Undang-Undang RI Nomor 35 Tahun 2014 tentang perubahan atas Undang-Undang RI Nomor 23 Tahun 2002 tentang Perlindungan Anak dan atau pasal 328 KUHP.

“Dalam pasal 83 yang menyebut setiap orang yang melanggar ketentuan sebagaimana yang dimaksud pasal 76 (f) dihukum paling minimum 3 tahun dan paling lama 15 tahun penjara,” tambah Rita.

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan