30.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 27, 2022

Laman Facebook Sultan Johor cecah 1 juta pengikut

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Laman rasmi Facebook Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar kini mencecah sejuta pengikut (followers), hari ini.

Menerusi hantaran Facebook Sultan Ibrahim, Baginda bertitah, pencapaian itu sekali gus menjadikan wadah komunikasi penting antara Baginda bersama rakyat jelata. 

“Hari ini laman Facebook saya sudah mencecah satu juta pengikut. Terima kasih semua” titah Sultan Johor. 

Facebook, merupakan antara medium sosial penting yang digunakan Baginda Tuanku Sultan untuk menyampaikan pelbagai nasihat serta perkara penting dari semasa ke semasa kepada rakyat Johor. 


Halaman itu, bukan sahaja menyiarkan pelbagai aktiviti-aktiviti serta sumbangan mengenai Sultan Johor dan Keluarga Diraja Johor, malah menjadi ruangan yang membolehkan rakyat turut menyampaikan pandangan atau idea mereka. 

Sultan Johor sememangnya amat dekat dihati rakyat, malah Baginda juga sentiasa melawat pelbagai kawasan penempatan diseluruh Johor, di mana Kembara Mahkota Johor merupakan acara tahunan yang sentiasa dinanti-nantikan oleh rakyat. 


Selain Facebook, Baginda Tuanku Sultan turut mempunyai medium laman sosial Instagram, malah aktiviti-aktiviti Sultan Johor turut dimuatnaik di dalam YouTube.

Sementara itu Royal Press Office dalam satu kenyataan berkata, angka itu dicapai pada pukul 8.37 pagi ini.

Baca juga:   Ada kalanya kita merasa kita keseorangan - Najib

Menurutnya, laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar turut mempunyai 898,159 likes pada waktu tersebut.

Daripada sejuta pengikut itu, 321,118 daripadanya adalah dari negeri Johor, diikuti Kuala Lumpur (103,745) dan Singapura (46,585).

Baca juga:   Ayah OKU dipenjara 15 tahun, 10 sebatan rogol anak OKU

Laman rasmi Facebook Sultan Johor yang mula beroperasi sejak 31 Mei 2015 turut menunjukkan majoriti pengikut Baginda adalah golongan lelaki (59 peratus) yang kebanyakannya dalam kategori umur 25-34 tahun (40 peratus).

“Selain itu, laman Facebook berkenaan memaparkan pelbagai pengisian yang berguna, di samping maklumat-maklumat tentang aktiviti serta program Sultan Johor bertujuan memaklum dan mendidik rakyat akan peranan baginda sebagai Sultan Johor.

“Pengisian dikongsi dalam bentuk berita, gambar serta video. Baginda juga mempunyai ikutan yang ramai di Instagram serta YouTube,” kata kenyataan itu.

Kata kenyataan itu, populariti Sultan Ibrahim meningkat dari semasa ke semasa hasil perkongsian Baginda mengenai perihal rasmi serta perkongsian istimewa hobi-hobi seperti memasak dan bersukan.

“Halaman itu, bukan sahaja menyiarkan pelbagai aktiviti-aktiviti serta sumbangan mengenai Sultan Johor dan Keluarga Diraja Johor, malah menjadi ruangan yang membolehkan rakyat turut menyampaikan pandangan atau idea mereka,” kata kenyataan itu lagi.

Terkini

5 inisiatif khas, tingkat perkhidmatan, kemudahan kesihatan ATM

KEMENTERIAN Pertahanan (Mindef) telah memuktamadkan lima inisiatif khas untuk warganya bagi meningkatkan tahap perkhidmatan serta kemudahan kesihatan Angkatan Tentera...

Lagi Artikel Berkaitan