26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Anwar terima kunjungan hormat bakal Presiden baharu Indonesia

Mesti Baca

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Presiden Terpilih Indonesia merangkap Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto.

Prabowo tiba di Perdana Putra pada 9 pagi, yang merupakan sebahagian daripada rangka lawatan khas sehari beliau ke Malaysia.

Anwar menerusi hantaran dalam Facebooknya berkata, dalam pertemuan itu mereka berkongsi pengalaman dan bertukar pendapat mengenai karier masing-masing serta hala tuju seterusnya dalam merapatkan lagi hubungan Malaysia-Indonesia.

“Perjalanan karier politik kami yang hampir sama apabila diuji dengan pelbagai cabaran sebelum dilantik.

“Juga menjadi topik perbincangan santai selain diselang-seli dengan kisah Prabowo sewaktu beliau melanjutkan pelajaran dan pendidikan menengah di Victoria Institution (VI) Kuala Lumpur.

“Saya sempat titipkan tahniah dan selamat maju jaya kepada Prabowo yang bakal dilantik sebagai Presiden Indonesia Kelapan.

Advertisements

“Semoga hubungan persahabatan Malaysia-Indonesia terus erat dan diperkukuh demi kebaikan bersama di masa hadapan,” katanya.

Ini merupakan lawatan pertama Prabowo ke negara ini selepas diumum sebagai pemenang rasmi Pemilihan Presiden Indonesia bagi penggal 2024-2029.

Prabowo tiba di Kuala Lumpur malam tadi bagi memulakan lawatan khas sehari beliau ke Malaysia hari ini.

Pesawat khas yang membawa Prabawo bersama delegasi selamat mendarat di Pangkalan Udara Subang pada 10.15 malam.

Ketibaan beliau disambut oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Selain bertemu Perdana Menteri, beliau juga akan menghadiri mesyuarat tertutup bersama Menteri Pertahanan di Kuala Lumpur. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan