27.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

PRK DUN Kuala Kubu Baharu ditetapkan 11 Mei – SPR

Mesti Baca

PILIHAN Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Selangor akan diadakan pada hari Sabtu, 11 Mei depan.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas, hari ini.

Abdul Ghani berkata, tarikh penamaan calon bagi PRK itu pula akan diadakan pada hari Sabtu, 27 April ini manakala pengundian awal ditetapkan pada Selasa, 7 Mei.

Beliau berkata, tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding pada 27 April sehingga pukul 11.59 malam, 10 Mei.

Advertisements

PRK DUN Kuala Kubu Baharu terpaksa diadakan ekoran kematian penyandangnya, mendiang Lee Kee Hiong pada 21 Mac lalu.

Kee Hiong, 58, yang menyandang kerusi itu sejak 2013, meninggal dunia setelah bergelut melawan kanser sejak beberapa tahun lepas.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos tahun lalu, Kee Hiong menang dengan majoriti 4,119 undi dalam pertandingan empat penjuru.

Beliau kali pertama mewakili kawasan itu pada 2013 apabila menewaskan Ooi Hui Wen dari MCA dengan majoriti 1,702 undi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan