29.9 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Khaled yakin Prabowo mampu bawa kesan positif di rantau ini

Mesti Baca

MENTERI Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yakin rakan sejawatannya, Prabowo Subianto mampu memberi kesan positif terhadap kestabilan dan keselamatan serantau.

Ini kerana, menurut beliau, Prabowo yang bakal menjadi Presiden Indonesia Kelapan setelah memenangi Pilihan Raya Presiden Indonesia baru-baru, mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pertahanan selain insiatif-inisiatif yang dibawa.

Keyakinan itu disuarakan Mohamed Khaled ketika menerima kunjungan khas pemimpin itu di Wisma Pertahanan di ibu negara hari ini.

“Saya menaruh harapan pada kepresidenan beliau, dan saya yakin bahawa sosok hebat ini mampu membawa hubungan antara dua negara ke tahap yang lebih tinggi.

“Lebih-lebih lagi, Malaysia tidak asing buat Pak Prabowo yang pernah bersekolah di sini.

“Semoga hubungan antara Malaysia dan Indonesia dapat terus diperkukuh, dan rantau ini kekal aman, stabil, dan makmur,” kata beliau menerusi Facebooknya hari ini.

Advertisements

Ini merupakan pertemuan julung kali antara kedua-dua menteri berkenaan sejak Mohamed Khaled menjawat jawatan tersebut.

Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pemimpin juga menyatakan komitmen untuk terus mengukuhkan kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara.

Mereka yakin kerjasama yang kukuh akan memastikan pelaksanaan aktiviti-aktiviti sedia ada dan akan datang dapat terus dilaksanakan, seterusnya membawa hubungan pertahanan negara Malaysia dan Indonesia ke tahap yang lebih tinggi.

Prabowo yang dipilih sebagai Presiden baharu Indonesia berdasarkan keputusan rasmi Pemilihan Presiden Indonesia 2024 baru-baru ini sedang mengadakan lawatan khas sehari ke negara ini.

Sebelum ini, beliau telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Perdana Putra, Putrajaya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bernas tanam padi pulut berskala besar di Langkawi

PADIBERAS Nasional Berhad (Bernas) melaksanakan projek penanaman padi pulut berskala besar membabitkan ladang sawah seluas 540 hektar di Langkawi,...

Lagi Artikel Berkaitan