25.7 C
Kuala Lumpur
Monday, October 3, 2022

JPJ keluar 9 notis saman sekolah memandu

Mesti Baca

 

SEREMBAN – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan mengeluarkan sembilan notis saman dan mengambil tindakan terhadap tujuh kenderaan milik tujuh buah institut latihan memandu sekitar daerah Seremban dan Port Dickson, hari ini.

JPJ Negeri Sembilan dalam satu kenyataan berkata, kesemua saman itu dikeluarkan semasa pelaksanaan ‘Operasi Okim’ yang disertai seramai 17 orang anggota Unit Operasi JPJ Seremban.

Anggota JPJ Negeri Sembilan mengeluarkan saman semasa melancarkan Operasi Okim di sekitar Seremban dan Port Dickson, hari ini. – foto FACEBOOK JPJ NEGERI SEMBILAN

Katanya, dalam operasi itu, sebanyak 66 buah motokar,  32 buah motosikal dan 2 buah lori telah diperiksa.

“Sebanyak tujuh buah kenderaan diambil tindakan dan sembilan notis saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan seperti pemegang SPIM/pengajar meninggalkan calon tanpa pengawasan, gagal simpan rekod belajar memandu (SM4) dan tidak selenggara kenderaan dengan baik,” katanya, hari ini.

JPJ Negeri Sembilan berkata, Operasi Okim terhadap institut latihan memandu ini bermula pada 14 sehingga 16 Disember 2020.

Menurutnya, tujuan operasi itu dilakukan adalah untuk memastikan semua institut latihan memandu agar sentiasa mematuhi aspek pegajaran dan pembelajaran yang telah ditetapkan serta aspek teknikal kenderaan ujian agar sentiasa dalam keadaan baik. 


“Tindakan penguatkuasaan akan diteruskan dari masa ke semasa bagi memastikan pengajar dan pengusaha institut memandu mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dalam peruntukan undang-undang,” tambahnya.

Baca juga:   Ibu terdesak mencuri demi anak demam terima bantuan polis

Wartawan

Terkini

Kerajaan pandang serius isu keciciran pendidikan Orang Asli

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) memandang serius isu keciciran pendidikan dalam kalangan pelajar Orang Asli yang mencatat lebih 10 peratus. Menterinya,...

Lagi Artikel Berkaitan