30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

46 anggota polis Johor dibuang kerja

Mesti Baca

JOHOR BAHRU – Seramai 46 anggota dan pegawai Polis Kontinjen Johor dibuang kerja kerana terbabit dalam pelbagai jenayah dan salah laku sepanjang tahun ini.

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, sebanyak 230 kertas siasatan tatatertib dibuka oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Johor (JIPS) dalam tempoh sama.


Beliau berkata, kertas siasatan itu membabitkan seramai 32 pegawai kanan, 246 pegawai rendah polis dan dua pegawai awam.

Katanya, kes salah laku merupakan yang tertinggi iaitu sebanyak 154, diikuti kes dadah melibatkan 46 kertas siasatan tatatertib.


“Sebanyak 161 kertas inkuiri tatatertib dibuka membabitkan seramai 78 pegawai kanan dan 152 anggota pangkat rendah berkaitan tohmahan dan surat layang.


“Hasil siasatan yang dijalankan, seramai 32 pegawai dan anggota telah diambil tindakan tatatertib di bawah Peraturan 37 iaitu dibuang kerja atau turun pangkat.


“Seramai 162 pegawai dan anggota diambil tindakan tatatertib di bawah Peraturan 36 (Tindakan bukan tujuan buang kerja atau turun pangkat) dan seramai 37 pegawai dan anggota diambil tindakan di bawah Peraturan 33(Sabitan mahkamah),” katanya yang dipetik Astro Awani hari ini.

Ayob Khan berkata, sehingga kini terdapat seramai 45 pegawai dan anggota yang ditahan kerja dan 14 anggota digantung kerja melibatkan pelbagai kesalahan jenayah dan salah laku.


Katanya, bilangan yang akan dibuang kerja dijangka bertambah berikutan masih terdapat kes tatatertib dalam siasatan dan perbicaraan mahkamah melibatkan penyalahangunaan dadah.


“Kami juga mengesan seramai 22 pegawai dan anggota yang mempunyai rekod jenayah lampau termasuk yang dikesan merupakan orang yang dikehendaki sebelum memasuki perkhidmatan kepolisan. Mereka ini sedang berkhidmat dan akan diambil tindakan.

“Pihak kami juga mendapat aduan berkaitan salah laku sukarelawan polis (PVR) yang merupakan unit sokongan atau bantuan dalam PDRM. Hasil semakan latar belakang 829 anggota PVR kontinjen Johor mendapati dua pegawai PVR dan 42 anggota PVR mempunyai rekod jenayah semasa dalam perkhidmatan PVR.

“Malah ada di kalangan mereka yang telah pun disabitkan dengan sabitan mahkamah. Tetapi mereka ini masih berkhidmat di balai polis dan saya akan syorkan untuk ditamatkan perkhidmatannya dalam waktu terdekat,” katanya.

Beliau menambah, sehingga kini Polis Johor menerima 499 pengaduan melalui pelbagai sumber aduan dalaman dan orang awam bagi melaporkan salah laku atau ketidakpuasan hati terhadap pegawai dan anggota polis negeri ini.

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan