25.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 16, 2024

i-Sinar KWSP: Guna kuasa politik jika kerajaan mungkir janji

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – UMNO masih mempunyai kuasa politik untuk digunakan bagi pihak rakyat sekiranya kerajaan Perikatan Nasional (PN) mungkir janji terhadap tuntutan KWSP dan moratorium yang dibuat parti itu.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sebagaimana janji Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bahawa isu itu masih mampu ditambah baik meski pun bajet diluluskan, pergerakan berkenaan akan memberi ruang sedikit masa untuk pihak Kerajaan mengotakan janji.

Beliau menegaskan, Pemuda tidak sesekali akan berhenti bersuara selagi apa yang dituntut rakyat terutamanya penambahbaikan  Kategori 2 Penerima i-Sinar KWSP iaitu pemansuhan syarat atau kriteria  bagi memberi manfaat kepada lebih ramai rakyat di kalangan pencarum yang susah ketika ini.

“Namun jika masih tiada apa-apa, kita masih punya kuasa politik untuk digunakan bagi pihak rakyat. InsyaAllah tunggu dan lihat!

“Walauapapun tanggapan, andaian dan tuduhan, Pemuda UMNO akan terus berjuang dalam isu yang menyentuh kelangsungan hidup dan kepayahan rakyat ketika ini sejajar dengan prinsip kami,” tulis beliau di Facebook hari ini.

Asyraf Wajdi berkata,  sejak awal biarpun tidak punya kuasa membuat apa-apa keputusan, Pemuda UMNO berusaha menjadi jurubicara rakyat dengan menyampaikan Memorandum Suara Rakyat dalam isu KWSP dan moratorium secara bersemuka dengan Menteri Kewangan, berhubung terus dengan CEO KWSP dan mendesak melalui pelbagai saluran media termasuk melalui Ahli-Ahli Parlimen BN di Dewan Rakyat.

Katanya, Alhamdulillah, berkat desakan bersepadu semua pihak termasuk Datuk Seri Najib Razak dan Pengerusi BN, Kerajaan telah menambah baik kriteria pengeluaran dari semasa ke semasa.

“Daripada Kerajaan pada peringkat awal menolak terus idea pengeluaran Akaun 1 KWSP, kepada 600 ribu pencarum dibenarkan keluar, kemudian ditambah baik lagi kepada 2 juta sehinggalah diperluaskan lagi kepada 8 juta pencarum,” katanya.

Terkini

Kolam selam tempur siap Jun, kalau tidak JKR jawab – MB

KOLAM selam tempur di Kem Iskandar, Mersing dijangka siap pada Jun ini, kata Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz...

Lagi Artikel Berkaitan