25 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 1, 2022

Cecair vape bernikotin mesti kena cukai juga

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu segera menambah baik perincian pelaksanaan cukai ke atas vape yang diumumkan dalam Belanjawan 2021 kerana pengumuman oleh Menteri Kewangan baru-baru ini dilihat tidak mencakupi keseluruhan aspek.

Ahli Dewan Negara, Senator Muhammad Zahid Md Arip ketika membuat gesaan itu berkata, kerajaan seolah-olah terlepas pandang apabila tidak mengenakan cukai ke atas cecair vape bernikotin, sebaliknya hanya menguatkuasakan cukai ke atas peranti dan cecair tanpa nikotin.

Menurutnya, langkah mengenakan eksais 10 peratus ke atas semua jenis peranti vape dan 40 sen bagi setiap mililiter cecair tanpa nikotin adalah bagus tetapi bukan menyeluruh dan tidak mencapai matlamat sebenar cukai.

MUHAMMAD ZAHID MD ARIP

“Persoalan utama di sebalik saranan agar kerajaan mengenakan cukai ke atas vape ini sepatutnya bukan hanya terfokus kepada peranti dan cecair tanpa nikotin sahaja. Sebaliknya, ia perlu diperluaskan kepada cecair yang mempunyai nikotin.

“Ini kerana cecair bernikotin jauh lebih besar penggunaannya dalam kalangan penggemar vape dan jika cecair bernikotin dikenakan cukai, kerajaan boleh menjana pendapatan antara RM3 hingga RM4 bilion setahun,” katanya semasa membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 di Dewan Negara hari ini.

Baca juga:   Radzi antara empat Senator angkat sumpah jawatan

Dalam pembentangan Belanjawan 2021 baru-baru ini, Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan eksais 10 peratus ke atas peranti dan 40 sen ke atas cecair tanpa nikotin akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari depan.

Baca juga:   Iran mahu import 1 juta tan minyak sawit Malaysia

Dalam perkembangan yang sama, Muhammad Zahid meminta Bahagian Kawalan Penyakit, Sektor Kawalan Tembakau, Kementerian Kesihatan agar lebih proaktif dalam menentukan jumlah peratusan kandungan nikotin yang dibenarkan dalam cecair vape.

Dakwanya, disebabkan tindak-tanduk bahagian tersebut yang perlahan, pihak Kastam tidak dapat mengenakan cukai ke atas vape walaupun isu berkenaan sudah dibangkitkan sejak 2015 lagi.

“Kita tidak mahu ada ‘little Napoleon’ dalam agensi kerajaan kerana tidak mahu dek kerana seekor kerbau membawa lumpur, habis sekandang terpalit, dek kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga,” ujarnya.

Harap kerajaan khususnya Kementerian Kewangan dapat mempertimbangkan tentang cadangan ini.

Boleh juga menambah hasil negara apabila cecair vape yang mengandungi nikotin turut dikenakan cukai. – EDISI 9

Terkini

MKT UMNO putuskan PRU-15 mesti diadakan tahun ini

MAJLIS Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini memutuskan agar pembubaran Parlimen hendaklah diadakan dalam masa terdekat bagi membolehkan Pilihan...

Lagi Artikel Berkaitan