31.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Pensyarah belanja RM40,000 kumpul tali pinggang Kamen Rider

Mesti Baca

KUANTAN – Kalau sudah minat, seorang pensyarah di sini dilapor sanggup  berbelanja sehingga RM40,000 bagi memenuhi hobinya mengumpul koleksi tali pinggang adiwira popular Jepun, Kamen Rider.

Ironinya, minat Muhamad Asyraf Rosli,31, itu sedikit berbeza dengan pengumpul Kamen Rider lain yang banyak menyimpan kostum dan patung.

Namun bagi Asyraf,  dia sanggup membeli tali pinggang Kamen Rider berharga sehingga RM5,000 demi memenuhi impian dan menjadikan koleksi kesayangan.

Koleksi tali pinggang milik Asyraf. Foto HARIAN METRO

Bapa kepada tiga anak itu berkata, sehingga kini dia ada 57 unit koleksi tali pinggang Kamen Rider edisi 2000 hingga 2020.

“Sebenarnya minat saya terhadap adiwira ini sejak berumur tujuh tahun lagi tetapi saya mula mengumpul sebaik memasuki sekolah menengah dan universiti.

“Apabila bekerja, kebanyakannya (koleksi tali pinggang) dibeli secara dalam talian terus daripada pengedar di Jepun.

“Kepuasannya dapat dirasai sebaik menerima pesanan itu biarpun sedar harganya mahal. Tetapi demi kepuasan, saya sanggup berbelanja,” katanya yang dipetik Harian Metro.

Advertisements

Asyraf menjelaskan, hampir RM40,000 sudah dibelanjakan untuk memenuhi hobi mengumpul koleksi adiwira itu setakat ini.

Ujar pengumpul Kamen Rider itu, dia lebih berminat membeli barangan Kamen Rider secara dalam talian kerana harganya lebih murah berbanding yang dijual di pasaran negara ini.

“Selain koleksi Kamen Rider, Power Rangers dan Digimon turut dikumpul. Tetapi ia tidak banyak seperti koleksi Kamen Rider.

“Setakat ini saya berpuas hati dengan semua koleksi ini yang diletakkan di dalam tiga almari, yang keseluruhan berjumlah RM55,000,” katanya.

Sementara itu, Asyraf juga berterima kasih kepada isterinya, Nurullia Natasha Jamal, 31, yang memberikan sokongan dan melayan minatnya.

Dia juga mempunyai rakan termasuk di media sosial yang berkongsi minat sama dan saling bertukar idea serta maklumat koleksi adiwira mereka.

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan