29.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Agong perkenan isytihar darurat di Gerik dan Bugaya, PRK ditangguh

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Yang di Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan untuk mengisytiharkan darurat bahagian Parlimen, Gerik, Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pengisytiharan proklamasi darurat ini berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan bagi memasyhurkan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2020 dan Fasal (2B) Perkara 150 untuk membatalkan tarikh 16 Januari 2021 yang ditetapkan bagi menjalankan pilihan raya kecil di kedua-dua kawasan tersebut ke suatu tarikh yang akan ditentukan kelak.

‘’Dalam menyembah nasihat kepada Seri Paduka, jemaah menteri pada 4 Disember membincangkan secara terperinci akan kesan PRK Gerik dan Bugaya jika diadakan pada masa pandemik Covid-19 masih menular di negara ini.

‘’Jemaah menteri berpandangan kedua-dua PRK ini dielakkan atas faktor ancaman kesihatan awam, ancaman ke atas kehidupan ekonomi dan ancaman ketenteraman awam,’’ katanya dalam satu kenyataan.

Muhyiddin berkata, beliau bagi pihak jemaah menteri menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Yang di-Pertuan Agong atas perkenan Seri Paduka untuk mengisytiharkan darurat bagi kedua-dua bahagian pilihan raya berkenaan.

Advertisements

Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pengundian serentak bagi kerusi Parlimen Gerik dan DUN Bugaya pada 16 Januari manakala hari penamaan ditetapkan pada 4 Januari manakala pengundian awal pada 12 Januari.

Kerusi Parlimen Gerik kosong selepas, penyandangnya Datuk Hasbullah Osman meninggal dunia pada 16 November manakala penyandang kerusi DUN Bugaya Manis Muka Mohd Darah kembali rahmatullah pada 17 November.

Pengisytiharan darurat serentak di Gerik dan Bugaya hari ini merupakan kali kedua selepas Seri Paduka memberi perkenan pengisytiharan darurat yang sama bagi PRK Batu Sapi, pada 18 November lalu.

PRK Batu Sapi itu perlu diadakan susulan kematian penyandangnya Liew Vui Keong pada 2 Oktober lalu akibat jangkitan paru-paru. SPR sebelum ini menetapkan hari penamaan calon bagi PRK Batu Sapi pada 23 November dan hari pengundian pada 5 Disember.

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan