24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

CEO TNB: Ditukar berdasarkan prestasi atau kerajaan ada hak terhadap GLC

Mesti Baca

Oleh ABDUL RAHMAN ABDULLAH

Khabar angin bertiup kencang bahawa akan berlaku sedikit pertukaran di TNB Malaysia.

Di blog-blog tertentu seperti *The Malaysianist by Emmanuel Samarathise,* pada 14th December, sudah mula mengeluarkan article mempertahankan Amir Hamzah, CEO TNB dari dipindahkan ke GLC yang lain milik Kerajaan.

Artikel beliau mengambarkan seolah-olah Amir Hamzah yang masuk ke dalam TNB dari luar melakukan *REFORM*, yang tidak di persetujui oleh Kepimpinan Tertinggi TNB. Manakala, di gembar-gemburkan seolah-olah perlantikan Ahli Lembaga Pengarah TNB (Board), adalah berdasarkan lantikan politik semata-mata.

Berdasarkan rekod, Dato Nawawi dari Langkawi yang telah di lantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah TNB, walaupun politician by nature, Nawawi pernah berkhidmat selama 20 tahun sebagai Jurutera TNB. Dari tahun 1984 – 2004. Sebagai Ketua Jurutera untuk Negeri Kedah dan Perlis dari 2000 – 2004.

Highly qualified untuk duduk di dalam Board TNB.

Amir Hamzah, di lantik sebagai CEO TNB ketika Kerajaan Pakatan Harapan memerintah.

Amir Hamzah Azizan, adalah anak kepada Arwah Tun Azizan Zainul Abidin bekas Pengerusi Petronas. Emak beliau Toh Puan Nor Ainee. Kakak beliau Puan Sri Norizan adalah isteri kepada Tan Sri Jamaluddin Ibrahim CEO Axiata.

Sebagai rekod, Amir adalah bekas Eksekutif Kanan Kumpulan Petronas, bekas CEO Icon Offshore dan CEO Theme Attractions Berhad di bawah Khazanah Nasional.

Advertisements

Memandang The Govenment of the Day mempunyai Hak terhadap GLC-GLC di bawah Kerajaan, tidak ada salahnya sedikit pertukaran di buat di TNB sekiranya Kerajaan mempunyai pandangan perlu ada sedikit rombakan.

Boustead Holding Berhad telah tukar Group MD dan Chief Executive mereka.

Telekom Malaysia (TM) juga telah tukar CEO mereka. Kedua-kedua jawatan di Boustead dan TM adalah lantikan ketika Kerajaan Pakatan Harapan berkuasa ketika itu.

Demi penambah-baikkan di TNB Malaysia, rasanya tidak ada salahnya rombakan di lakukan dalam waktu terdekat ini.

Persoalannya, janganlah sebarang rombakkan di jadikan satu isu politik yang berpanjangan. Rakyat sudah penat dengan isu-isu politik yang tidak menguntungkan. 

Yang paling penting, TNB terus kekalkan tarif yang munasabah kepada Rakyat ketika Rakyat berhadapan dengan Pandemik Covid 19 ini dan Pengerusi TNB, Mahdzir Khalid terus turun ke bawah mendengar keluh kesah dan rintihan Rakyat yang memerlukan bantuan menerusi program-program CSR TNB.

*Abdul Rahman Abdullah adalah pembaca Edisi 9

*Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Edisi 9.

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan